Video saat-saat genting ibu lahirkan bayi dalam kereta

21:53
Video saat-saat genting ibu lahirkan bayi dalam kereta merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Video saat-saat genting ibu lahirkan bayi dalam kereta.


VIDEO ini memaparkan saat-saat genting seorang wanita yang bersalin di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke pusat bersalin di Houstan, Texas.


Detik mendebarkan itu telah dirakam oleh suaminya sendiri yang sedang memandu kenderaan tersebut sementara wanita itu duduk di sebelahnya.
Video yang baru dimuat naik beberapa hari lalu itu mendapat perhatian orang ramai dan sudah ditonton lebih 4 juta kali di Youtube.
Menerusi video itu, selepas menjerit beberapa kali, wanita itu mula menyedari bahawa dia terpaksa melahirkan serta menyambut anaknya itu sendiri.
Bayi lelaki seberat lebih 4 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut, mereka sudah mempunyai dua anak perempuan.
Sudah pasti ini adalah pengalaman luar biasa yang tidak akan dilupakan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mabuketum
#Infokini di Video saat-saat genting ibu lahirkan bayi dalam kereta

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.