'DIA BERI SAYA TELEKUNG BUSUK & SEJADAH YANG NIPIS & LUSUH'

22:06
'DIA BERI SAYA TELEKUNG BUSUK & SEJADAH YANG NIPIS & LUSUH' 'DIA BERI SAYA TELEKUNG BUSUK & SEJADAH YANG NIPIS & LUSUH' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'DIA BERI SAYA TELEKUNG BUSUK & SEJADAH YANG NIPIS & LUSUH' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'DIA BERI SAYA TELEKUNG BUSUK & SEJADAH YANG NIPIS & LUSUH'

'DIA BERI SAYA TELEKUNG BUSUK & SEJADAH YANG NIPIS & LUSUH'



Saya mala nak buka cerita ini. Namun saya rasa penting juga jika sahabat semua tahu kisah yang menyedihkan ini.

Begini, suatu hari saya pergi ke parti harijadi seorang kawan universiti. Itu adalah kali pertama saya ke rumah beliau. Masuk saja kepagar rumah, di kiri kami ada laman hijau kecil dengan rumput karpet, kolam ikan dan pasu-pasu bunga yang cantik. Mata ini terpegun.

"Owh, sahabatku ini sudah berjaya rupanya. Dia mampu hidup mewah sebegini. Alhamdulillah,"

Melangkah masuk ke dalam rumah, ruang tamunya amat luas sekali berbanding saya yang ketika itu masih tinggal di rumah flat yang kecil berukuran 850 kaki persegi.

"Ya Allah, ruang tamu ini sudah sebesar rumah flat kami," getus hati saya.

Apabila melihat semua itu, hati terasa sedih juga kerana saya masih struggle dengan kerjaya dan masih duduk di rumah flat.

Parti harijadi itu amat meriah sekali. Mewah dengan makanan, kek, kuih muih dan hadiah goodies bag. Anak-anak saya sangat teruja dan ini adalah kali pertama kami merasai suasana meriah penuh kemewahanan seperti ini.

Sebelum pulang, saya meminta izin sahabat saya untuk menumpang solat asar. Beliau menunjukkan ruang solat dan bilik air. Kemudian dia berikan saya sepasang telekung dan sejadah.

Keluar saja dari bilik air, saya terus membuka lipatan sejadah dan telekung. Allahuakbar!

Sejadahnya sudah nipis dan lusuh sekali. Rambu ramba di hujung sejadah banyak yang sudah terburai. Air mata saya hampir menitik ketika saya hendak menyarungkan telekung. Telekungnya berkepam, sudah berbau masam. Kainnya sudah nipis dan berwarna kekuningan. Telekung fesyen lama dari kain cotton kosong. Busuk dan sungguh lusuh sekali. Tali pengikat telekung di kepala hanya tinggal satu sahaja. Dagu telekung sudah bertahi lalat. Allahuakbar!

Hiba sungguh hati ini, keadaan sejadah dan telekung tidak setimpal dengan kemewahan yang ada pada sahabat saya ini.

"Ya Tuhan, ketika kau kurniakan kemewahan dunia kepada sahabatku ini, sejadah dan pakaian solatnya masih busuk buruk dan lagi daif. Dimanakah letaknya ibadah solat di dalam list penting sahabatku ini? Tidak malukah menghadap Tuhan Pencipta di dalam keadaan daif seperti itu?" detik hati saya.

Inilah realiti kehidupan kita di bumi Malaysia. Kita mewah di dunia tetapi miskin di akhirat.

Alhamdulillah, walaupun ketika itu rumah saya flat, namun kami pastikan telekung kami sentiasa berada dalam keadaan tip top. Setiap orang pasti ada dua tiga pasang telekung.

Ada satu masa ketika hari raya, kami mampu hadiahkan semua ibu saudara dan sepupu perempuan sepasang telekung baru.

Ketika saya menulis ini, Allah telah kurniakan kami sedikit kemewahan. Kami kini tinggal di rumah kondo. Maka, kami juga telah upgradekan telekung kami. Sekarang kami sudah mampu membeli telekung yang berharga RM200-RM300. Alhamdulillah, syukur.

Mungkin sahabat semua boleh fikirkan sejenak. Kita mampu membeli jubah raya RM200 sepasang dan kita beli sampai dua tiga pasang. Kasut designer RM200, jam tangan import RM300. Kita mampu beli smartphone harga RM2,000. Ubahsuai rumah berpuluh-puluh ribu. namun, telekung solat kita ada yang sudah lima tahun tak berganti. Allahuakbar.

Mulai sekarang apa kata kita tukar cara kehidupan kita. Boleh?

Apa kata jika kita mampu beli tiga jubah yang dipakai hanya sesekali sahaja sebulan, apa salahnya kita mempunyai tiga pasang telekung yang digunakan setiap hari. Setiap dua minggu, tukar telekung baru. Mudah kan?

"Sesungguhnya ketika bersolat, yang kau temu ialah Raja bagi segala raja-raja di dunia. Cantikkanlah pakaian solat mu ketika bertemu denganNya, Pemilik khazanah dunia dan akhirat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'DIA BERI SAYA TELEKUNG BUSUK & SEJADAH YANG NIPIS & LUSUH'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 'DIA BERI SAYA TELEKUNG BUSUK & SEJADAH YANG NIPIS & LUSUH' and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.