Nak Jimat Minyak? Guna 8 Tips Yang Dikongsi Oleh 2 Orang Pakar Ini

10:54
Nak Jimat Minyak? Guna 8 Tips Yang Dikongsi Oleh 2 Orang Pakar Ini Nak Jimat Minyak? Guna 8 Tips Yang Dikongsi Oleh 2 Orang Pakar Ini adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Nak Jimat Minyak? Guna 8 Tips Yang Dikongsi Oleh 2 Orang Pakar Ini membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Nak Jimat Minyak? Guna 8 Tips Yang Dikongsi Oleh 2 Orang Pakar Ini

Nak Jimat Minyak? Guna 8 Tips Yang Dikongsi Oleh 2 Orang Pakar Ini



Setiap hujung bulan, rakyat Malaysia sudah tentu akan ternanti-nanti harga minyak terbaru yang akan diumumkan berikutan penggunaan sistem apungan yang telah diguna pakai sejak beberapa bulan yang lalu.

Ramai yang mengharapkan agar harga minyak turun, supaya perbelanjaan mereka sedikit turun pada bulan berikutnya. Namun malangnya, harga minyak bukan dalam kuasa pengguna.

Oleh itu, salah satu cara yang boleh digunakan untuk berjimat adalah dengan mengawal pemanduan ketika memandu.

Dua wartawan dunia permotoran; yang juga pemegang rekod dunia dalam penjimatan minyak; berkongsi tips bagaimana mereka boleh memandu melalui 14 buah negara di Eropah dengan menggunakan satu tangki penuh sahaja.

Andrew Frangkel dan Rebecca Jackson telah memandu sejauh 1,865KM menggunakan Audi A6 TDI Ultra mereka dengan penggunaan minyak secara purata 3.6 liter per 100KM. Tidak dinafikan ianya satu pencapaian yang hebat bagi sebuah Audi.


Rebecca berkata antara perkara penting yang perlu dititik berat ketika memandu adalah melihat kedepan supaya dapat mengelak dari sebarang halangan (supaya kereta tidak berhenti).

"Ini tabiat pemanduan umum tapi sangat penting untuk kami. Semuanya tentang tidak kehilangan momentum. Memecut dari kosong sangat memakan minyak dan begitu juga ketika sedang menaik (menaiki bukit)."

Andrew pula mengulas tentang kelajuan dan gradien kelajuan dengan berkata "Jika kamu sedang menghampiri bulatan kamu perlu tahu sama ada kamu boleh melaluinya(bulatan itu) tanpa perlu memperlahankan kenderaaan dengan menyesuaikan kelajuan secara berhati-hati sebelum masuk(ke dalam bulatan)"

"Dan jika kamu sedang menaiki bukit kamu bukan sahaja perlu memikirkan gradien kelajuan tapi masanya juga. Jika kamu melihat perjalanan menaiki bukit itu hanya sekejap, kurangkan kelajuan dan kekal berada dalam gear yang sama."



Tips yang dikongsi oleh Adrew dan Rebecca

1 - Kelajuan paling perlahan pada gear paling tinggi
Rahsia untuk mendapatkan lebih KM bagi setiap titisan minyak adalah dengan membawa kereta pada kelajuan paling perlahan pada gear yang paling tinggi. Namun kelajuan yang optimun adalah berbeza untuk setiap jenis kereta.

2 - Kekalkan momentum
Memastikan kereta sentiasa bergerak adalah kunci untuk memaksimakan penjimatan minyak. Memang mustahil untuk mengekalkan momentum di atas jalan raya lebih-lebih lagi ketika waktu puncak tapi sebolehnya elakkan dari berhenti.

3 - Kaki kanan yang lembut 
Memastikan kaki kanan (kaki yang menekan minyak) menekan dengan 'lembut' juga penting untuk penjimatan minyak. Namun pastikan tidak terlebih tekan kerana penjimatan yang optimun memerlukan keseimbangan kereta.

4 - Kurangkan berat
Jangan bebankan kereta anda dengan perkara yang tidak perlu. Lebih berat kereta, lebih banyak minyak yang diperlukan untuk bergerak. Secara purata, setiap 50kg akan menambah penggunaan minyak sebanyak 2%.

5 - Pastikan kereta tidak 'terhalang' oleh angin
Pastikan cermin dan bumbung kereta anda sentiasa ditutup supaya kereta tidak dihalang oleh rintangan angin ketika bergerak. Secara purata, bumbung kereta yang dibiarkan terbuka akan menambahkan penggunaan minyak sebanya 10%.

6 - Pastikan tekanan tayar betul
Pastikan angin pada tayar kereta diisi mengikut tekanan yang sudah ditentukan dalam manual. Tekanan tayar biasanya bergantung pada berat yang dibawa oleh kereta. Jika kereta anda membawa 4 penumpang dan barang di bonet, pastikan tekanan tayar berada di tahap maksimun mengikut manual.

7 - Enjin kena cukup panas
Sekiranya boleh, buat perjalanan ke destinasi secara terus tanpa perlu berhenti. Apabila enjin sudah cukup panas, ia akan beroperasi pada kadar yang paling efisyen. Jadi, jika kereta bergerak apabila enjin masih lagi sejuk, ia akan memakan lebih minyak untuk beroperasi.

8 - Pastikan kereta sentiasa terjaga
Kereta yang efisyen memerlukan penjagaan yang rapi. Jadi pastikan ianya diservis mengikut jadual yang ditetapkan.

sumber- Siakapkeli.my
Laporan asal : bt.com

Nak Jimat Minyak? Guna 8 Tips Yang Dikongsi Oleh 2 Orang Pakar Ini ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Nak Jimat Minyak? Guna 8 Tips Yang Dikongsi Oleh 2 Orang Pakar Ini and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.