Tak Tahan Dikritik Kerana Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yang MENGEJUTKAN !

14:12
Tak Tahan Dikritik Kerana Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yang MENGEJUTKAN ! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Tak Tahan Dikritik Kerana Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yang MENGEJUTKAN !.

JOHOR BARU: Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun
 Instagram miliknya selepas menerima komen negatif kerana tidak memakai tudung.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas

Bercakap kepada pemberita buat pertama kali selepas abangnya mempertahankannya 
daripada kritikan negatif di media sosial baru-baru ini berkata, Tunku Aminah berkata 
beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai
 cara beliau berpakaian.

Katanya, semua tindakannya adalah antara beliau dan Allah.

"Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat," kata puteri 
tunggal kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, 
Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

"Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar
 gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini," katanya.

Tunku Aminah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan 
tengah hari bersama SPCA Johor Baru di sebuah hotel di sini.

Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau berterima kasih kepada abangnya
 terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris kerana mempertahankannya 
daripada kritikan negatif itu.

"Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau lakukan selepas membacanya dalam
 akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan 
sokongan, saya benar-benar gembira," katanya.

Mengulas mengenai akauan Instagram, Tunku Aminah berkata, pada mulanya 
beliau mahu berkongsi pandangan dan buah fikirannya kepada orang ramai.

"Mula-mula saya memuatnaik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen
 buruk yang menyakitkan hati tentang saya kerana tidak memakai tudung.

"Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi 
saya.

"Namun selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa yang risau tentang 
keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untuk menutup semua 
media sosial," katanya.

Terdahulu, Tunku Idris mempertahankan adiknya itu dengan berkata Tunku 
Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.

Tunku Idris turut menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik 
perempuannya.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di Tak Tahan Dikritik Kerana Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yang MENGEJUTKAN !

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.