'Silap Aku Tak Pernah Halang Dia Berkawan Dengan Ex Boyfriend' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Silap Aku Tak Pernah Halang Dia Berkawan Dengan Ex Boyfriend'.
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas #Panas di 'Silap Aku Tak Pernah Halang Dia Berkawan Dengan Ex Boyfriend'
Aku pernah bertunang dengan orang Batu Pahat. Tetapi, tunang aku senyap tiba-tiba. Mesej tak balas, panggilan telefon tak jawab. Katanya tengah serabut dan mahu diberikan masa untuk bersendirian.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Aku hormat permintaan dia dan biarkan dia selesaikan masalah sendiri. Tetapi, kadang-kadang aku WhatsApp tanya khabar berita. Itu pun sekali saja, dan dia tidak pernah membalas mesej itu.
Suatu hari, dia cakap nak datang ke kampung aku bercuti sehari dua. Aku dengan gembiranya setuju dan berkata akan bawa dia jalan-jalan.
Hari pertama, aku bawa dia jalan-jalan, pergi karaoke semua, pergi masjid. Hari kedua, tangan dia menggeletar menghulur kad kahwin dan cincin pertunangan kami pada aku.
Kau orang boleh bayangkan tak macam mana perasaan bila tunang sendiri menghulurkan kad kahwin dia yang seminggu lagi nak berlangsung?
Aku bersabar. Dia menjelaskan, dia mahu berkahwin untuk menggelakkan dia dan bakal suami dia terus berdosa. Mahu tak mahu, aku melepaskan ikatan pertunangan kami dengan hati yang rela.
Yang menariknya, aku pergi kenduri kahwin dia dengan keluarga aku. Aku mendapat tahu yang suami dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Lelaki itu juga telah membeli rumah dan kereta untuknya serta setup sebuah syarikat untuk dia jalankan. Dan bertambah menarik, lelaki itu sebenarnya adalah bekas teman lelakinya.
Dan pada masa itu barulah aku tahu, kawan-kawan dia yang juga kawan-kawan aku memaklumkan ketika dia datang ke kampung aku untuk menyerahkan kembali cincin pertunangan itu, dia telah pun bernikah dengan bekas teman lelakinya pada masa itu.
Antara kesilapan aku ialah aku tidak pernah memarahi dia. Aku tidak pernah menghalang dia untuk berkawan dengan sesiapa pun dan aku tak pernah meminta dia memutuskan silaturrahim dengan bekas teman lelaki dia bilamana dia kata lelaki itu mesej dia.
Itulah kesilapan aku.
Saya kongsikan cerita ini bukan berniat mahu mencari publisiti murahan. Jauh sekali dari berniat seperti itu. Saya tahu saya tidak handsome, tidak kaya dan tidak popular. Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Takdir Allah tetap berjalan, jadikan setiap perjalanan hidup sebagai ilmu utuk kita memperkemaskan syariat dan hakikat kita sebagai hambaNya. Untuk orang Batu Pahat, saya minta maaf, tidak berniat untuk memburukkan orang Batu Pahat. - Drake Fang
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
EmoticonEmoticon