PELAJAR KOLEJ DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI BUNUH PENSYARAH

19:14
PELAJAR KOLEJ DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI BUNUH PENSYARAH merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri PELAJAR KOLEJ DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI BUNUH PENSYARAH. hukum


PELAJAR KOLEJ DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI BUNUH PENSYARAH|SHAH ALAM Selasa, 29 September 2015 : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) selepas didapati bersalah membunuh pensyarahnya, Zara Eleena Omar Peter, tiga tahun lalu.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muhammad Safwan Mohamed, 23, selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Abdul Halim dalam penghakimannya berkata keterangan saksi pendakwaan sebelum ini, membawa kepada pensabitan tertuduh terhadap pembunuhan Zara Eleena.
Beliau berkata pembuktian bagi kes pembelaan tertuduh tidak mencukupi dan lebih kepada penafian semata-mata.


"Tertuduh nafi...menyebabkan kematian Zara Eleena. Beliau nafikan penglibatannya dalam kesalahan itu secara total”.


"Keterangan tertuduh berbeza dengan keterangan saksi pendakwaan," kata Abdul Halim. Tambah beliau, sebarang pembelaan mesti disokong bukti sahih yang meyakinkan tetapi dalam kes itu tiada saksi lain ditampilkan untuk menyokong pembelaan tertuduh.


Muhammad Safwan, yang memakai jersi berwarna biru, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan dan dia kemudian dipeluk ibu serta anggota keluarganya sejurus prosiding selesai.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan. Seramai 32 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.


Pada 30 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi di sini, melepas dan membebaskan Muhammad Safwan tanpa dipanggil membela diri bagi tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.


Tiga lagi rakannya iaitu Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 23, Mohamad Sharafe Matt Noh, 22, dan Azizi Aizat Ibrahim, 23, bagaimanapun dijatuhi hukuman mati atas tuduhan sama.


Pada 30 Julai lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan Muhammad Safwan daripada tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi memerintahnya membela diri terhadap tuduhan membunuh Zara Eleena, pensyarah Bahasa Inggeris di kolej berkenaan.


Bagaimanapun, rayuan Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat ditolak dan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap mereka.


Muhammad Safwan, Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya (OKU) antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.


Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya di Taman Kinrara, Puchong dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.MYMETRO.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas
#Panas di PELAJAR KOLEJ DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI BUNUH PENSYARAH

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.