‘Jangan heret istana’ - Tok Mat Hassan

21:14
‘Jangan heret istana’ - Tok Mat Hassan ‘Jangan heret istana’ - Tok Mat Hassan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di ‘Jangan heret istana’ - Tok Mat Hassan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
‘Jangan heret istana’ - Tok Mat Hassan

‘Jangan heret istana’ - Tok Mat Hassan



JELEBU - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kesal dengan tindakan pembangkang kerana mengheret institusi istana dalam isu Kampung Ulu Temiang.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa dalam menyelesaikan masalah penduduk di kampung itu juga tidak berasas kerana pihaknya sudah pun menawarkan rumah di Flat Lobak dan Taman Jasmin kepada penduduk sebagai jalan penyelesaian.

“Kalau ikutkan kanun tanah negara, kita tidak boleh buat apa-apa kerana tanah ini kepunyaan syarikat. Pemaju telah bawa kes ini ke mahkamah dan mahkamah telah dengar serta membuat keputusan yang memihak kepada pemaju.

“Kita telah bantu dengan menawarkan sebanyak 20 rumah di Flat Lobak dan 20 lagi di Flat Jasmin tetapi penduduk tidak mahu, mereka masih mahu tinggal di sana,” katanya.

Menurutnya, pembangkang sepatutnya menghormati undang-undang negara dan keputusan mahkamah, bukannya menjadi wira yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.

“Jangan heret pihak istana dalam hal ini dan jangan jadi champion. Pembangkang pakar dalam hal membohongi rakyat dan mengaburi mata rakyat, mereka mahu jadi juara tapi tak ke mana pun.

“Jangan kata kerajaan negeri arah TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan Sains (Syarikat Air Negeri Sembilan) potong bekalan elektrik dan air (di kampung itu). TNB dan Sains terpaksa potong kerana mendapat perintah mahkamah dan mereka terpaksa akur arahan mahkamah kerana jika tidak pemaju akan saman TNB dan Sains,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Rumah Awam Harga Rendah Sungai Rotan II / Larong dan Pengundian Lot Bagi Rumah Mesra Rakyat Simpang Durian di Dewan D’Sury, Kuala Klawang, di sini, semalam.

Mohamad berkata, penduduk sudah diberi notis sejak tiga tahun lalu, bagaimanapun mereka masih berdegil tidak mahu berpindah.

“Mereka sudah menerima banyak notis dan hampir setiap minggu tetapi masih tidak mahu pindah. Kenapa kata kerajaan tidak beri peluang dan masa untuk pindahkan barang?

"Saya kasihan kepada orang tua yang diberi harapan palsu oleh pembangkang,” katanya.

Kelmarin, penduduk Kampung Ulu Temiang bersama pemimpin pembangkang berjalan kaki sejauh hampir empat kilometer ke Istana Hinggap di Jalan Tuanku Hassan, di sini, untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung isu tanah kampung terbabit.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal ‘Jangan heret istana’ - Tok Mat Hassan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark ‘Jangan heret istana’ - Tok Mat Hassan and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.