Ungkapan Terakhir Nova Safitri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ungkapan Terakhir Nova Safitri.
#Panas di Ungkapan Terakhir Nova Safitri
KASIH seorang ibu hingga ke hujung nyawa, tragedi di Lebuhraya Duke yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka amat menyentuh hati masyarakat.
Ternyata di saat-saat sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa, Nova Safitri Azhari, 27, sempat memberi pesanan terakhir kepada keluarga terdekat untuk menjaga kesemua anak perempuanya setelah ketiadaannya nanti.
Jaga anak-anak saya, pesanan terakhir Nova kepada saudara perempuan yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dia meninggal dunia.
Saudara terdekat mangsa yang kebetulan lalu di jalan yang sama berhenti selepas melihat kereta Mitsubishi Pajero yang dinaiki Nova dan suaminya, Fairuz Nizam Husain serta bayi mereka mengalami kemalangan.
Yusnidah Husain, 47, kakak kepada Fairuz berkata, anak lelakinya dan menantu berhenti di tempat kejadian selepas melihat insiden itu.
Menantu saya bergegas ke arah Nova yang kelihatan nazak dan memangkunya dalam pelukan untuk mendengar kata-kata terakhir Nova itu, kata Yusnidah kepada News Straits Times.
Nova serta suami dan bayi mereka terkorban dalam nahas berkenaan dan meninggalkan dua anak perempuan lain, Nur Firuza Amira, 7, serta Nur Firuza Aqila, 4.
Ketika ditemui di kediaman pasangan itu, Amira memberitahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar menangkap orang yang melanggar ayahnya.
Menurut Zahid, dia juga menegaskan bahawa setiap kelab kereta ini perlu mengajar serta didik setiap ahli kelab untuk mengetahui semua etika-etika ketika memandu di jalan raya.
Beliau turut menyeru semua saksi kejadian untuk tampil ke hadapan untuk membantu memudahkan siasatan.
Sementara itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan berhubung insiden itu.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Laporan dari: Mynewshub
#Panas di Ungkapan Terakhir Nova Safitri
EmoticonEmoticon