Selain Kit Anti-Histeria, Ini 5 Cadangan Kit Yang Boleh Dicipta Oleh UMP merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Selain Kit Anti-Histeria, Ini 5 Cadangan Kit Yang Boleh Dicipta Oleh UMP.
#Panas di Selain Kit Anti-Histeria, Ini 5 Cadangan Kit Yang Boleh Dicipta Oleh UMP
Tahniah Universiti Malaysia Pahang (UMP) kerana berjaya mencipta satu kit yang pertama sejenisnya di seluruh dunia, iaitu kit anti histeria. Memang ramai sangat orang menanti-nantikan kit seumpama ini dicipta kerana ia bakal mengubah dan menggegar dunia.
Sekarang baru barat tahu, kita ada saintis hebat yang boleh menutup mulut mereka, kononnya orang kita ni bodoh. Ambik kau!
Selepas ini, kami berharap UMP kekal mencipta pelbagai lagi jenis kit yang boleh mendatangkan manfaat sejagat. Ajar sikit matsaleh-matsaleh yang rasa mereka hebat tu. Antara cadangan kami yang kami harap digunapakai oleh UMP ialah seperti:
1. Kit anti perkara mengarut
Histeria bukan perkara mengarut, ingin kami jelaskan di sini. Tetapi hantu, itu perkara mengarut. GST, itu perkara mengarut. Jadi, ada baiknya UMP mencipta kit anti perkara mengarut ini supaya terhapus semuanya!
Harga cadangan: RM3200 (tidak termasuk GST)
2. Kit mudah belajar
Dengan adanya kit mudah belajar, tidaklah kepala hotak orang kita benak lagi. Bila mereka mudah belajar, semangat kuat. Bila semangat kuat, takdela acah-acah kena histeria, betul tak?
Harga cadangan: RM200 (harga pelajar)
3. Kit idea bijak
Kit ini memang penting, malahan penting untuk pihak UMP sendiri. Selepas kit anti-histeria, tentulah UMP mahu terus mencipta kit-kit lain kan? Dengan adanya kit idea bijak, UMP dapat menghasilkan pelbagai kit-kit lain dan akan menjadi pusat sains tersohor seluruh dunia.
DENGAN ADANYA KIT IDEA BIJAK, MUNGKIN KITA AKAN MENGHASILKAN EINSTEIN MALAYSIA?
Harga cadangan: Masih diperbincangkan
4. Kit mudah baca dan hafaz ayat Quran
Sempena Ramadhan dan nak dekat ni, mungkin pihak UMP mahu mempertimbangkan mencipta kit mudah baca ayat Quran? Sebenarnya, kit ini yang patut dicipta terlebih dahulu dari kit anti-histeria kerana iblis, syaitan dan manusia bodoh takut dengan ayat Quran ni.
Harga cadangan: Percuma. Amboi berani pulak kau nak kenakan harga pada ayat Al-Quran?
5. Kit anti buang masa
Kit ini boleh disuntik pada mereka yang asyik on Facebook, Twitter dan yang sedang baca artikel ini.
Harga cadangan: Awak tak mampu bayar punya
Artikel sekadar santai….
Artikel dan idea dipetik dari: Satrika.my
#Panas di Selain Kit Anti-Histeria, Ini 5 Cadangan Kit Yang Boleh Dicipta Oleh UMP
EmoticonEmoticon