Gambar Bersama Netanyahu : Najib Nafi Dakwaan Yang Viral, Cerita Perkara Sebenar

11:51
Gambar Bersama Netanyahu : Najib Nafi Dakwaan Yang Viral, Cerita Perkara Sebenar Gambar Bersama Netanyahu : Najib Nafi Dakwaan Yang Viral, Cerita Perkara Sebenar adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Gambar Bersama Netanyahu : Najib Nafi Dakwaan Yang Viral, Cerita Perkara Sebenar membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Gambar Bersama Netanyahu : Najib Nafi Dakwaan Yang Viral, Cerita Perkara Sebenar

Gambar Bersama Netanyahu : Najib Nafi Dakwaan Yang Viral, Cerita Perkara Sebenar


MILAN, ITALI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika Perhimpunan PBB di New York baru-baru ini.

Menceritakan perkara sebenar, Najib berkata dia cuma bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB setelah Netanyahu selesai menyampaikan ucapan dan giliran beliau pula selepas itu.

"Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," kata beliau menjawab persoalan yang timbul disebalik gambar yang viral di media sosial baru-baru ini.

Tambah beliau, ketika itu Netanyahu sedang menunggu keretanya.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," kata Najib memetik laporan Bernama.

Kata beliau lagi, sekiranya dia ingin mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu, tentu dalam keadaan yang lebih formal.

"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya.

kredit- Siakapkeli.my

Gambar Bersama Netanyahu : Najib Nafi Dakwaan Yang Viral, Cerita Perkara Sebenar ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Gambar Bersama Netanyahu : Najib Nafi Dakwaan Yang Viral, Cerita Perkara Sebenar and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.