[BREAKING NEWS] Pada jam 10.30 pagi, bayi baru lahir ditemukan dipotong 15 ketulan ibu kandung sendiri

08:08
[BREAKING NEWS] Pada jam 10.30 pagi, bayi baru lahir ditemukan dipotong 15 ketulan ibu kandung sendiri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri [BREAKING NEWS] Pada jam 10.30 pagi, bayi baru lahir ditemukan dipotong 15 ketulan ibu kandung sendiri. SEBAHAGIAN daripada ketulan tubuh bayi yang dijumpai di loji kumbahan


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


SEBAHAGIAN daripada ketulan tubuh bayi yang dijumpai di loji kumbahan PPR Kempas Permai, Johor Bahru, Johor, kelmarin. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 18 Mei - Sebanyak 15 ketulan tubuh janin berusia tujuh bulan dipercayai dikerat dijumpai sekumpulan pekerja kumbahan yang membuat pembersihan rutin di loji kumbahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini semalam.

Keratan janin terbabit ditemui dalam keadaan tanpa kepala dan badan oleh pekerja kumbahan dalam perangkap sampah kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada kontraktor pembersihan pada pukul 1.30 petang.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


“Setelah dikumpul dan dibersihkan, didapati sebanyak 15 bahagian janin bayi termasuk kaki dan tangan ditemui,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu termasuk mendapatkan maklumat kemungkinan wanita yang baharu bersalin di kawasan perumahan itu.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang secara sulit yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda jika disabit kesalahan.

Sementara itu, seorang penduduk, Ismail Daud, 47, yang sedang minum di gerai berhampiran loji kumbahan itu terkejut mendengar kejadian tersebut kerana tidak menyangka ada yang tergamak untuk melakukan perkara kejam berkenaan.

“Pada mulanya saya sangka mungkin pam air di loji itu dicuri tetapi setelah mendapat tahu cerita, saya terkejut kerana tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku,” katanya.

Tambahnya, kejadian seumpama pernah berlaku di kawasan tersebut pada tahun lalu namun bayi yang ditinggalkan itu ditemukan masih bernyawa dan berjaya diselamatkan.

Khairol Husna Abd. Halim, 36, pula berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas menunaikan solat Zuhur apabila terdengar penduduk lain bercerita mengenainya di kedai runcit di bawah blok rumahnya.

“Saya terkejut apabila mengetahui perkara ini kerana perbuatan tersebut amat kejam dan menakutkan. Tidak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku lebih-lebih lagi di kawasan perumahan saya,” katanya yang sudah menetap di PPR itu sejak enam tahun lalu.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas
#Panas di [BREAKING NEWS] Pada jam 10.30 pagi, bayi baru lahir ditemukan dipotong 15 ketulan ibu kandung sendiri

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.