Anggota Polis Dipukul Dan Dibogelkan Selepas Ditangkap Cuba Merompak

06:58
Anggota Polis Dipukul Dan Dibogelkan Selepas Ditangkap Cuba Merompak merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Anggota Polis Dipukul Dan Dibogelkan Selepas Ditangkap Cuba Merompak.




PASIR MAS: Tindakan seorang lelaki yang juga merupakan bekas anggota polis cuba merompak sebuah rumah di Rantau Panjang telah menerima padah apabila dia telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.




ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



Memetik laporan BH Online, penduduk kampung yang marah telah bertindak memukul suspek menyebabkannya patah tulang rusuk, cedera di muka dan turut dibogelkan.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan memecah masuk rumah penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah dan penduduk.

Suspek kemudiannya dicekup dan dipukul penduduk kampung  sebelum ditelanjangkan dan diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua suspek sudah ditahan.

Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah.





ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di Anggota Polis Dipukul Dan Dibogelkan Selepas Ditangkap Cuba Merompak

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.