Tidak Ikut Tema Pakaian, Syatilla Melvin Minta Jangan Tuding Jari

08:12
Tidak Ikut Tema Pakaian, Syatilla Melvin Minta Jangan Tuding Jari merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Tidak Ikut Tema Pakaian, Syatilla Melvin Minta Jangan Tuding Jari.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



PETALING JAYA: Pelakon Syatilla Melvin terkilan selepas dituduh tidak menghormati tema apabila sekadar tampil mengenakan baju-T dan berseluar denim pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) yang diadakan pada 5 September lalu.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, berkata, dia tampil dengan gaya tersebut kerana tidak mempunyai pakaian sesuai ekoran  terpaksa bergegas dari lokasi penggambaran di Pulau Pinang untuk menghadiri acara berkenaan.

"Perkara yang orang tidak tahu adalah saya bergegas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menghadiri acara tersebut dan memberi sokongan kepada industri dan rakan-rakan.

"Benar pakaian saya tidak mengikuti tema tetapi saya tiada pilihan kerana sibuk di lokasi penggambaran sebelum itu sehingga tidak berpeluang mencari pakaian bersesuaian," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Ahad.







ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



Tambah Syatilla, isu berkenaan tidak sepatutnya diperbesarkan kerana menerusi pemerhatiannya pada malam tersebut ramai selebriti lain yang hadir tidak mengikut tema ditetapkan penganjur aitu berpakaian berunsur batik.

"Jika diikutkan boleh dikira dengan jari berapa ramai yang mengikuti tema. Tindakan menunding jari kepada saya agak 'over' dan isu ini tidak sepatutnya timbul," jelasnya.

Dalam pada itu, Syatilla berkata, menyedari pakaiannya tidak menepati tema, dia mengambil keputusan untuk tidak melalui karpet merah bagi mengelak daripada gambarnya dirakam jurufoto.

"Seperti saya katakan kehadiran saya ingin memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding pada FFM 27 dan bukan soal pakaian atau populariti.

"Jika saya ingin kejar publisiti awal-awal lagi saya sudah melintasi karpet merah tetapi saya tidak berbuat demikian kerana sedar pakaian saya tidak sesuai dan menghormati majlis," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syatilla berkata, dia masih berulang-alik dari ibu negara ke Pulau Pinang sehingga November depan bagi menyelesaikan penggambaran drama Cinta Samar untuk siaran RTM.

Malah kata Syatilla, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen memandangkan penggambaran diadakan di luar Kuala Lumpur.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di Tidak Ikut Tema Pakaian, Syatilla Melvin Minta Jangan Tuding Jari

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.