Seorang NENEK ditangkap KHALWAT bersama dengan BANGLA rakan sekerja merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Seorang NENEK ditangkap KHALWAT bersama dengan BANGLA rakan sekerja.
#Panas di Seorang NENEK ditangkap KHALWAT bersama dengan BANGLA rakan sekerja
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa warga emas yang ditahan.
Johor Bahru: Seorang wanita berusia 58 tahun ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama rakan lelakinya warga Bangladesh di sebuah hotel bajet sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini, awal pagi semalam.
Wanita itu mengaku mendaftar masuk hotel itu pada jam 11 pagi kelmarin dan lebih mengejutkan mengaku melakukan hubungan seks dengan pasangannya yang berusia 30 tahun itu.
Pekerja kilang itu yang tinggal dengan sepupunya di Kahang Timur, Kluang, dekat sini, mengambil masa lima minit untuk membuka pintu selepas diketuk pihak berkuasa jam 12 tengah malam.
Mereka menemui lelaki Bangladesh yang hanya dikatakan sebagai rakannya oleh wanita itu dalam bilik berkenaan.
Ketika diminta memaklumkan kepada keluarga mengenai penahanannya serta bagi proses jaminan keluarga, wajah wanita terbabit enggan berbuat demikian.
Mereka berdua antara tujuh pasangan bukan mahram ditahan dalam Ops Limau yang dijalankan sempena Tahun Baru Cina di lapan hotel bajet sekitar kawasan itu diketuai Pegawai Penguatkuasa JAINJ Khairudin Mat Ali bersama lima anggota.
Dalam operasi bermula jam 11 malam hingga empat pagi semalam, JAINJ menahan 14 orang berusia antara 16 hingga 58 tahun yang disyaki berkhalwat atau berdua-duaan tanpa ikatan sah.
Seorang pelajar perempuan tingkatan empat turut ditahan bersama pasangannya.
Anggota penguat kuasa terpaksa mendapatkan bantuan pengurusan hotel untuk mendapatkan kunci pendua bagi membuka pintu.
Sebaik pintu dibuka, pelajar berusia 16 tahun itu keluar dari bilik air manakala pasangannya, lelaki berusia 24 tahun berada di atas katil berpura-pura tidur.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINJ Mohd Zamri Kambari ketika dihubungi mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit.
Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah.
#Panas di Seorang NENEK ditangkap KHALWAT bersama dengan BANGLA rakan sekerja
EmoticonEmoticon