LINDA ONN & SURIA FM DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 KEPADA MOY

11:09
LINDA ONN & SURIA FM DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 KEPADA MOY LINDA ONN & SURIA FM DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 KEPADA MOY - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di LINDA ONN & SURIA FM DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 KEPADA MOY harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
LINDA ONN & SURIA FM DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 KEPADA MOY

LINDA ONN & SURIA FM DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 KEPADA MOY



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di Shah Alam semalam memerintah penyampai radio Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, Ujang, berhubung kenyataan fitnah dalam satu segmen radio pada bulan Januari tahun lepas.

Hakim turut memerintah Linda Onn atau nama sebenar Rozlinda Onn dan RImakmur Sdn Bhd yang memilik stesen radio Suria FM membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd.

Hakim membuat keputusan itu di kamarnya dengan dihadiri oleh peguam masing-masing.

Peguam yang mewakili plaintif, Vignesh Kumar  berkata, mahkamah turut memerintah kedua-dua defendan membayar faedah 5% kepada plaintif bermula dari tarikh kenyataan fitnah itu dikeluarkan sehingga penyelesaian kes, semalam.

Mahkamah juga mengeluarkan perintah bagi menghalang defenda dengan sendirinya atau melalui ejen atau perkhidmatnya atau dengan cara lain daripada terus menerbitkan sebarang penerbitan lisan atau secara bertulis yang memfitnah plaintif.

Pada Jun 2014, plaintif memfailkan saman dan mendakwa Linda Onn pada ketika mengendalikan segmen "Carta 30 Lagu Top Mingguan" jam 1.30 tengah hari, 25 Januari 2014, menjawab soalan seorang pemanggil Suria FM mengenai apakah yang berlaku pada majalah Ujang yang dimiliki oleh plaintif.

Jelas plaintif, segmen itu diular siar pada 26 Januari 2014 pada jam 6.30 petang di stesen radio yang sama.

Plaintif mendakwa, ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, Linda Onn mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif.

Disebabkan kenyataan itu, ia telah mendatangkan kerosakan atau keburukan yang teruk kepada reputasi, imej dan nama baik plaintif serta merendahkan martabat plaintif di mata masyarakat umum.

Plaintif juga mendakwa, Linda Onn tidak membuat sebarang verifikasi dengannya sebelum menjawab soalan pendengar dan membuat kenyataan tidak berasas itu di siaran radio nasional. Selain itu, plaintif juga menjelaskan Linda Onn tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbetulkan keadaan setelah mengetahui maklumat yang diberikan kepada pendengar itu bersifat fitnah.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan injuksi untuk menghalang defendan dari terus menerbitkan kenyataan fitnah tersebut selain faedah 8%, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal LINDA ONN & SURIA FM DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 KEPADA MOY. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark LINDA ONN & SURIA FM DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 KEPADA MOY and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.