Dituduh Curang, Wanita Dipaksa Berjalan Separuh B0G3L

00:27
Dituduh Curang, Wanita Dipaksa Berjalan Separuh B0G3L merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Dituduh Curang, Wanita Dipaksa Berjalan Separuh B0G3L.



DAYUS serta tidak bertanggungjawab…

Seorang lelaki tergamak memaksa isterinya berjalan separuh bogel di khalayak kerana mendakwa wanita itu telah curang.

Wang Ni telah dipukul dan dipaksa berjalan dengan memegang papan tanda ‘saya mahu jual badan saya’ dengan hanya memakai pakaian dalam di sebuah bandar di daerah Yushan, China.

Suaminya, Zhang, 33, yang tinggal di bandar lain kerana faktor pekerjaan memiliki dua orang anak perempuan bersama Wang Ni telah mendakwa isterinya itu curang walaupun mereka sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Keganasan rumah tangga itu berlaku selepas Zhang pulang secara tiba-tiba dan keluar minum bersama rakannya yang menghasut memberitahu isterinya itu telah berselingkuh dengan lelaki lain.

wm2

Dalam keadaan mabuk, Zhang bertindak memaksa Wang Ni melakukan perkara yang memalukan itu di khalayak dan mengekorinya dari belakang menggunakan kereta.

Wanita yang berada dalam keadaan trauma itu telah dibawa ke balai polis dan suaminya telah dihubungi untuk disoal siasat.

Hasilnya mendapati Wang Ni lansung tidak berlaku curang sekali gus membuktikan suaminya itu terlalu ‘jahil’ kerana mudah mempercayai orang lain tanpa membuat siasatan.

Zhang tampil memohon maaf  melalui surat khabar tempatan namun tidak pasti sama ada Wang Ni telah menerima permohonan maaf yang dibuatnya itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
#Panas di Dituduh Curang, Wanita Dipaksa Berjalan Separuh B0G3L

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.