Terkini! Isyarat Ping Kotak Hitam MH370 Sudah Berakhir. “Panggilan Telefon Misteri” MH370 Diterima?

21:06
Terkini! Isyarat Ping Kotak Hitam MH370 Sudah Berakhir. “Panggilan Telefon Misteri” MH370 Diterima?



Isyarat Ping Kotak Hitam MH370 Sudah Berakhir. “Panggilan Telefon Misteri” MH370 Diterima : Sebelum ini, pakar Australia dan Amerika Syarikat telah mengesahkan dan mengatakan, “Nah, inilah isyarat PING yang kita cari selama ini”.



Malangnya, selepas ini kita mungkin tidak akan menerima lagi isyarat PING daripada kotak hitam seperti yang disahkan sebelum ini. Ini kerana….



Ini kerana daya jangka hayat bateri kotak hitam MH370 sudah pun melebihi kemampuannya (yang mana sehingga ke hari ini sudah memasuki hari ke-37 sejak berlakunya tragedi kehilangan pesawat MH370.



Pakar Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales & pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam MH370.



Senarai Kapal Menerima Isyarat Ping Kotak Hitam MH370?



  1. kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield – 2 kali

  2. kapal China Haixun 01 – 2 kali isyarat


Terbaru, satu panggilan telefon telah berjaya dikesan yang datang dari pesawat MH370. Yang menariknya lagi panggilan tersebut datang dari telefon bimbit Fariq Abdul Hamid. Berikut butiran panggilan yang dibuat melalui telefon bimbit Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang) :





  • Panggilan dibuat pagi 8 Mac 2014

  • Panggilan dibuat ketika kapal terbang MH370 berada pada kedudukan serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang sehingga membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan

  • Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.




Apa sebenarnya yang berlaku di kokpit dan di dalam pesawat MH370 pada pagi MH370 sebenarnya? Sekarang ini, dilaporkan setiap maklumat sedang dikumpulkan oleh kalangan pakar-pakar bagi merungkai segala misteri bagi membongkar & merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat MH370 di pengakhirannya?



Sumber : Beritasemasa


Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.