Ahmad Maslan sanggup ditembak demi Najib

21:20
Ahmad Maslan sanggup ditembak demi Najib Ahmad Maslan sanggup ditembak demi Najib - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Ahmad Maslan sanggup ditembak demi Najib harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Ahmad Maslan sanggup ditembak demi Najib

Ahmad Maslan sanggup ditembak demi Najib



PETALING JAYA: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sanggup ditembak demi melindungi Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, falsafah itu menjadi pegangannya di mana sentiasa berada di hadapan pemimpin.

Kenyataan itu telah dirakam sewaktu ketika beliau memberikan ucaptama pada Majlis Perasmian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa pada Selasa lepas.

“Kalau ditanya Ahmad Maslan adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru,” katanya yang kemudian disambut dengan tepukan daripada para perwakilan yang hadir.

Terdahulu, dalam ucapan tersebut, Ahmad menyelar tindakan sesetengah pihak yang menjadikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik untuk menyerang presiden parti.

Katanya, Najib telah melakukan seribu satu macam kebaikan tetapi mengapa kebaikan tersebut tidak diceritakan kepada umum.

“Saya harap saudara-saudara, kita buka minda kita, Datuk Najib telah laksanakan seribu satu macam kebaikan, kenapa dengan hanya diceritakan tentang satu kisah dana politik, perkara-perkara kebaikan yang telah dilakukan tidak diceritakan?” soalnya.

Tambah beliau, sebagai rakyat kita seharusnya bijak menilai sesuatu yang benar dan yang palsu dan bukan terus mempercayai fitnah yang telah ditaburkan kepada Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan, isu 1MDB dan dana politik yang digembar-gemburkan itu sebenarnya hanya satu isu yang boleh diselesaikan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Ahmad Maslan sanggup ditembak demi Najib. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Ahmad Maslan sanggup ditembak demi Najib and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.