WARGA KOREA MANGSA TERBARU BANANA BOAT DI PORT DICKSON

14:50
WARGA KOREA MANGSA TERBARU BANANA BOAT DI PORT DICKSON WARGA KOREA MANGSA TERBARU BANANA BOAT DI PORT DICKSON - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di WARGA KOREA MANGSA TERBARU BANANA BOAT DI PORT DICKSON harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
WARGA KOREA MANGSA TERBARU BANANA BOAT DI PORT DICKSON

WARGA KOREA MANGSA TERBARU BANANA BOAT DI PORT DICKSON



TELOK KEMANG – Kegembiraan enam sekeluarga dari Korea Selatan yang melancong di daerah ini bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemui mati lemas di Perairan Tanjung Tuan, Melaka, kelmarin.

Mangsa, Seung Yul Choi, 74, dipercayai lemas selepas kejadian bot pisang dinaiki bersama ahli keluarganya terbalik ketika melalui kawasan berombak kuat kira-kira jam 12 tengahari.

Difahamkan, warga emas terbabit tiba di Port Dickson pagi kelmarin selepas berada di Kuala Lumpur sejak Sabtu lalu dalam percutian selama lapan hari bersama isteri, seorang anak lelaki dan menantu serta dua cucunya.

Anaknya, Yong Soo Choi, 43, berkata, mereka sekeluarga menaiki bot pisang dari Pantai Cermin, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi selepas tiba di Port Dickson.

“Kami menaiki bot menuju kawasan Tanjung Tuan yang ditarik menggunakan sebuah jet ski dikendalikan seorang lelaki dan kira-kira jam 11.55 pagi bot pisang kami terbalik kerana melalui kawasan berombak kuat.

“Pemandu jet ski memberitahu enjin bot rosak selain dalam masa sama kami terpaksa berpaut pada bot pisang hampir 10 minit sedangkan lelaki itu hanya duduk di jet skinya," katanya.

Soo Choi berkata, semua ahli keluarnya selamat ketika diperiksa selepas mereka jatuh di air .

“Tapi semasa saya menenangkan anak yang terkejut dengan insiden ini  emak memberitahu, ayah sudah hilang.

“Keadaan menjadi kelam kabut apabila menyedari ayah berada pada jarak 30 meter dalam keadaan tidak bergerak," katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah teruk apabila bantuan sukar diperoleh kerana pemandu jet ski tidak membawa  alat komunikasi termasuk walkie talkie atau telefon bimbit.

“Saya juga mendesak supaya CPR (bantuan pemulihan pernafasan) dilakukan tetapi pemandu itu menolak untuk berbuat demikian.

“Akhirnya saya sendiri membuat CPR dan kemudiannya mengarahkan pemandu bot menyelamatkan semua ahli keluarga saya yang masih berada di dalam air,” katanya.

Soo Choi berkata, kira-kira jam 12.30 tengahari mereka masih berada di laut dan menggunakan jaket keselamatan sambil kami melambai-lambai untuk meminta pertolongan namun tiada sesiapa yang melihat.

“Sehinggalah jam 2 petang ada sebuah bot nelayan menghampiri dan memberikan pertolongan membawa kami ke pantai dan sebaik sahaja tiba di darat saya terus menghubung pihak keselamatan untuk mendapatkan bantuan sebelum ambulans tiba kira-kira setengah jam kemudian.

“Sekali lagi kami berhadapan masalah apabila kakitangan perubatan yang datang hanya memeriksa keadaan ayah dan memaklumkan mereka tidak boleh berbuat apa-apa sehingga polis datang," katanya.

Menurutnya, sehingga jam 3.10 petang polis masih tidak kelihatan dan kakitangan perubatan mula melakukan prosedur perubatan kepada ayah.

“Kami terpaksa menunggu hampir 1 jam 50  minit di tepi pantai sebelum akhirnya kakitangan perubatan mendengar rayuan kami supaya ayah di bawa ke hospital. Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan situasi yang terpaksa dilalui semasa bercuti di Port Dickson,” katanya.

Soo Choi berkata, mereka sekeluarga tiba di Malaysia pada Sabtu lalu dan sepatutnya pulang ke Korea Selatan Ahad ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca akibat lemas dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat mendiang telah dituntut ahli keluarga tengahari (semalam) dan menurut Kedutaan Korea di Malaysia, mayat mendiang dijadualkan terus di bawa pulang Korea hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi di sini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal WARGA KOREA MANGSA TERBARU BANANA BOAT DI PORT DICKSON. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark WARGA KOREA MANGSA TERBARU BANANA BOAT DI PORT DICKSON and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.