Putera Saudi Derma Amal Semua Hartanya RM120 Bilion

20:57
Putera Saudi Derma Amal Semua Hartanya RM120 Bilion merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Putera Saudi Derma Amal Semua Hartanya RM120 Bilion.

RIYADH – Putera Arab Saudi, Alwaleed bin Talal berikrar mendermakan kesemua harta kekayaannya bernilai AS$32 bilion (RM120 bilion) kepada projek-projek amal sepanjang tahun-tahun akan datang mulai 1 Julai.

Dalam satu kenyataan, putera itu berkata bahawa “ikrar dermawan itu akan membantu membina ‘jambatan’ untuk memupuk persefahaman budaya, membangunkan masyarakat, memperkasa wanita dan belia.

Sumbangan tersebut juga bakal menyediakan bantuan bencana di luar jangka dan mewujudkan sebuah dunia dengan persekitaran yang saling bertolak ansur, tetapi menegaskan tiada had masa untuk derma itu dibelanjakan.

Bagaimanapun demi memastikan kelancaran proses, semua derma tersebut “akan diperuntukkan menurut pelan yang dirancang dengan begitu baik, sepanjang tahun-tahun akan datang,” kata putera berusia 60 tahun itu.

Putera Alwaleed berkata, beliau akan mengetuai sebuah lembaga pemegang amanah yang ditugaskan untuk membelanjakan dana berkenaan sehingga kesemuanya hartanya itu habis licin didermakan.

Beliau malah menambah, ikrar tersebut masih lagi sah boleh digunakan walaupun selepas dirinya meninggal dunia “untuk projek-projek kemanusiaan dan pelbagai inisiatif sosial” pada ketika itu.

Hartawan berasal dari kerabat diraja Arab Saudi itu sebenarnya merupakan anak saudara kepada almarhum Raja Abdullah ibn Al-Saud, yang mangkat pada 23 Januari lalu dalam usia 90 tahun.

Dalam kerajaan konservatif Islam, Putera Alwaleed, yang tidak menyandang sebarang jawatan atau kedudukan kerajaan, ia adalah sesuatu agak luar biasa untuk beliau mengeluarkan komen berkala mengenai isu-isu ekonomi.

Dalam satu sidang akhbar di sini pada Rabu, beliau berkata ikrar dermanya itu mengambil contoh dilakukan Yayasan Bill dan Melinda Gates di Amerika Syarikat.

“Ini sangat berbeza daripada hak milik saya dalam firma Kingdom Holding, dan ia tidak ada kesan ke atas harga saham syarikat disenarai awam itu,” jelas Putera Alwaleed.

Selain pelaburan media, Kingdom Holding juga mempunyai kepentingan strategik yang terdiri daripada taman tema Euro Disney, Four Seasons Hotel dan Citigroup.

Beliau ketika ini sedang membina sebuah menara di Jeddah dengan ketinggian satu kilometer lebih tinggi berbanding bangunan tertinggi di dunia sekarang, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Awal tahun ini, Putera Alwaleed pernah membuka stesen saluran berita pan-Arab di Bahrain, tetapi pihak berkuasa di negara Teluk Parsi itu bertindak menutup stesen tersebut selepas kurang 24 jam ke udara.


Pada minggu lalu, beliau menandatangani satu surat pernyataan niat dengan CDC International Capital di Paris, Perancis untuk mewujudkan dana pelaburan Arab-Perancis yang pertama bernilai AS$400 juta (RM1.5 bilion).

Putera Alwaleed dengan rendah diri berkata, beliau setakat ini sudah menderma sebanyak AS$3.5 billion (RM13.2 bilion) sepanjang lebih 35 tahun melalui Alwaleed Philanthropies

Badan amal itu telah mengagihkan rumah dan menyediakan elektrik kepada masyarakat terpencil di Arab Saudi, di samping menyokong projek-projek kebajikan lain di seluruh dunia.

Beliau mengumumkan ikrarnya sekarang, selepas persiapan selama dua tahun, sebagai cara untuk menginstitusikan proses “supaya mereka boleh meneruskan selepas pemergian saya kelak.”

Putera Alwaleed berkata, dua anakandanya, Putera Khaled dan Puteri Reem akan menjadi presiden dan naib presiden badan amal tersebut setelah dia meninggal dunia nanti.

“Saya percaya bahawa seseorang itu perlu mengambil keputusan yang dramatik dan drastik ketika usia tua sebegini,” kata Alwaleed sambil memberitahu keadaan dirinya masih dalam keadaan yang baik.

“Saya amat sihat waima untuk berbasikal selama tiga jam setiap hari. Saya memberi jaminan kesihatan saya juga adalah baik,” katanya.

#Panas di Putera Saudi Derma Amal Semua Hartanya RM120 Bilion

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.