'Siapa Cepat, Dia Dapat' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Siapa Cepat, Dia Dapat'.
Malangnya, hasrat Kalsom untuk mendapatkan anak angkat terpaksa dilupakan begitu sahaja apabila Hakim menghilangkan diri setelah mendapat bayaran booking yang dipinta.
sumber #Panas di 'Siapa Cepat, Dia Dapat'
"Salam, siapa-siapa yang mahukan anak angkat, boleh PM saya atau WhatsApp saya. Yang serius betul-betul nak sahaja. Ibunya nak bersalin bulan 5. Terima kasih, 0147369677"
Tampil seorang wanita bernama Kalsom, berminat untuk mengambil anak angkat berkenaan. Berikut adalah perbualan WhatsApp mereka:
Kalsom: Assalam, saya nak tanya tentang ibu baby yang nak bersalin bulan 5 ini kan, area mana ye? Emm, dah ada orang datang untuk anak angkat ke belum eh?
Hakim: Maaf lambat. Bulan 5 bersalin. Area Melaka. Baby boy. Tak minta duit sebab jual anak. Itu ikhlas pada yang nak ambil sama ada bagi atau tak. Cuma minta selesaikan ibunya nak bersalin. Hospital kerajaan memang jadi masalah semua nanti. So, kalau boleh, Hospital Swasta. Terima kasih.
Bagaimanapun, perbualan seterusnya tidak dinyatakan dan disambung pada jam 8.18 malam.
Hakim: Dah keluar tadi. Baru je petang, belum lahir.
Kalsom: Oh yeke, belum lahir lagi. Sebab akak ingat turun Melaka boleh jumpa terus.
Hakim: Belum kak, tak jadi lahir. Kalau jadi, barulah saya boleh confirmkan. Sekarang ni, akak nak booking ke tak? Kalau akak tak nak baby, saya bagi orang lain. Kalau akak nak booking, akak bank in duit kat saya, lepas itu baby confirm akak punya. Tapi kalau akak tak percaya, takpelah. Saya tak paksa.
Bagaimanapun, Kalsom enggan membayar sebarang wang pendahuluan seperti yang dipinta. Menyebabkan Hakim terpaksa mengugut untuk memberikan bayi itu kepada orang lain.
Hakim: Macam ni kak, siapa cepat dia dapat. Saya tak janji, itu je.
Kalsom: Nanti baby itu dah lahir je, awak bagitahu akak then kita jumpa kat sana.
Hakim: Sorry kak, saya tak boleh macam itu sebab saya dah banyak kali kena tipu. Mula-mula betul-betul nak ambil tapi tiba-tiba tak jadi. Saya yang pening kepala nanti. Semalam pun kena tipu lagi. Ada orang nak jumpa tapi bila kitorang pergi, dia senyap. Ramai yang cakap macam akak ni. Senang je kak, kalau betul-betul akak nak, akak letak duit booking. Kalau akak tak percaya, takpe. Saya cari orang yang boleh percaya. Sebab saya yang kena tipu ini dah banyak kali. Harap akak faham. Saya terpaksa confirmkan dan akak pun kena confirmkan. Cakap kat mulut memang tak boleh kak. Maaf sangat-sangat.
Perbualan seterusnya kemudian bersambung kembali pada jam 11 malam.
Hakim: Macam ni kak, saya terpaksa admit mak baby sekarang. Bersalin swasta kak tau? Bukan kerajaan sebab mak baby tak kahwin lagi. Tak nak jadi risiko apa-apa. Kalau betul akak nak, akak uruskanlah perbelanjaan dia, RM2,500. Sekarang ni saya tak minta duit akak, duit baby akak uruskan je.
Kalsom: Okay, kalau macam itu boleh saya nak tengok bukti gambar dulu? Kalau betul, kalau tak ada apa-apa, inshaAllah saya akan turun ke sana untuk uruskan. Awak kat hospital mana ye?
Hakim: Nak bukti gambar apa? Hospital Pantai Ayer Keroh.
Kalsom: Nama awak dan mak baby tu?
Hakim: Sekarang tak ada masa saya nak bergambar kak. Akak tengoklah bukti. Nak ambil gambar yang sekarang, perempuan dalam labour room. Memang tak dapat ambil. Sorry kak, saya betul-betul tak ada masa ni. Saya minta tolong dekat semua yang nak baby, siapa cepat dia punya. Benda dah kelam kabut ni. Dekat saya ada RM2,000. Saya tak cukup nak admit mak baby lagi RM500. So kalau akak nak, akak bagilah dulu. Lepas itu, lagi RM2,000 kitorang bagi anak, akak serahkan, itu je.
Kalsom: Saya tahu tapi boleh tak awak tunggu esok? Malam ini saya ada masalah sikit. Tak ada transport nak pergi bank. Saya memang nak ambil anak angkat.
Hakim: saya boleh tunggu, tapi hospital nak malam ini. Bukan saya yang minta, hospital yang minta. Kalau akak sebelah rumah saya, saya bawa akak tengok depan-depan. Sebab perempuan boleh masuk, saya tak boleh.
Assalamualaikum, saya Kalsom dari Kedah. saya mohon jasa baik pihak admin page ini untuk menyiarkan kisah penganiayaan terhadap saya dan keluarga.
Kisahnya bermula apabila saya bersetuju menolong seorang wanita bernama SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) untuk mengambil dan menjaga anak tidak sah taraf yang dikandungnya setelah melihat post di laman facebook bapak kepada bayi yang dikandungnya yang bernama ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079).
Niat saya adalah untuk menyelamatkan bayi tersebut atas kekhuatiran mereka akan membuang bayi tersebut jika tidak menemui orang yang sanggup menjaganya atas rasa ihsan kepada mereka saya ada menghulurkan sejumlah wang ringgit untuk menolong mereka yang kesempitan wang dalam membiayai segala kos rawatan si ibu sehingga bersalin.
Pada 30.05.2015 (sabtu) pukul 8.30 pagi ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079) telah menghubungi saya melalui panggilan telefon memaklumkan bahawa SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) telah melahirkan bayi tidak sah taraf mereka. Justeru, saya dan keluarga dari Kedah telah bertolak ke Melaka dimana semasa dalam perjalanan ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079) telah mendesak saya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya
(ABDUL HAKIM BIN HAMDAN akaun MAYBANK No. 104124030519) sebanyak RM800.00.
Saya tidak mengendahkan permintaannya kerana saya mahu melihat bayi dan ibunya terlebih dahulu. Untuk pengetahuan saya dan keluarga bertolak dari Kedah pada pukul 2.00 PM dan sampai di Melaka pada pukul 7.45 PM. Kami menunggu ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079) di depan MAYBANK Ayer Keroh Melaka seperti yang diarahkannya.
Setelah berjumpa dengan ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079), dia sekali lagi mendesak dan marah2 kerana kami tidak mahu menyerahkan wang seperti yang diminta kerana kami mahu melihat kewujudan bayi terlebih dahulu atas desakannya kami menyerahkan ke tangannya RM800.00 dan dia menyuruh kami mengekori keretanya dari belakang untuk berjumpa ibu dan bayinya. Malangnya dia telah melarikan diri dan menipu kami.
Kami telah pergi ke rumahnya yang beralamat No. 11 Jalan BJ 27, Taman Bertam Jaya, Cheng, 75260 Melaka, Melaka seperti tertera di icnya dan kami dapati rumah tersebut kosong tidak berpenghuni.
Di sini saya sertakan IC lelaki dan perempuan penipu tersebut berserta gambar2 mereka dan memohon jasa baik pihak admin memviralkan post kerana saya sedang mencari ibu bapa perempuan dan lelaki tersebut yang tidak mengetahui tentang kewujudan cucu yang baru dilahirkan tersebut.
Kami juga tidak mahu orang lain turut ditipu oleh kedua-dua orang penyangak ini yang pandai memujuk rayu dan meminta simpati orang. Diharap dengan viralnya post ini tiada lagi orang lain yang tertipu seperti kami sekeluarga.
Laman Facebook Abdul Hakim - https://www.facebook.com/nur.qasya?fref=ts
sumber #Panas di 'Siapa Cepat, Dia Dapat'
EmoticonEmoticon