Mesti Baca! Ciri-ciri Gadis Malaysia Di Setiap Negeri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Mesti Baca! Ciri-ciri Gadis Malaysia Di Setiap Negeri.
sumber #Panas di Mesti Baca! Ciri-ciri Gadis Malaysia Di Setiap Negeri
Setiap gadis atau wanita mempunyai keunikannya sendiri. Ada yang berdarah kacukan, kulit hitam manis, berlesung pipit, lirikan mata yang menggoda dan sebagainya. Namun, tahukah anda setiap perwatakan wanita boleh di kenali melalui tempat dimana mereka berasal? Maksudnya, gadis yang berasal Kelantan berbeza perwatakannya dengan gadis yang berasal dari Penang. Dari fakta, negara Malaysia mempunyai 13 negeri yang terdapat keunikannya tersendiri. Baca dibawah :
Johor
Gadis Johor adalah seorang yang gigih berdikari dan laparkan kejayaan. Mereka ingin jadi yang terbaik antara terbaik dalam apa jua bidang seperti pelajaran dan sukan. Ni kira semua dia nak juara lah. Apabila dalam sesuatu pekerja gadis Johor ni akan lakukan apa saja asalkan berada diatas. Hal pasangan pula, boleh mencipta perhubungan yang sangat baik kerana mempunyai emosi yang kompleks dan juga terlalu menyayangi pasangan mereka sehingga hubungan menjadi kusam.
Secara keseluruhannya, gadis Johor bertenaga dan terlalu mengejar impian.
Melaka
Gadis Melaka pula, berbeza dengan gadis Johor. Mereka gadis yang sangat bersederhana dan simple. Mereka tidak mementingkan diri untuk mengejar impian. Mungkin sedikit membosankan kerana mereka lebih suka di dalam dunia sendiri. Mereka suka melakukan sesuatu pekerjaan dengan tenang dan relax dan juga tidak suka mengambil risiko. Oleh kerana sikap mereka yang tenang dan relax, orang sekeliling senang berkawan dan menyayangi antara satu sama lain.
Selangor
Gadis Selangor dalah gadis yang boleh dikategorikan gadis 'uptodate'. Maksudnya gadis Selangor lebih tahu dan peka tentang berita-berita terkini. Mereka lebih bijak dan cepat mengetahui isu semasa, fesyen terkini, dan sebagainya. Senang cerita semua nak 'high class' gitu.. Tapi,.. Fikiran gadis negeri Selangor ini sukar untuk difahami. Mereka lebih bersikap terbuka.
Kedah
Gadis Kedah berkebolehan menyelesaikan banyak perkara pada satu masa, iaitu 'multi tasking'. Mereka boleh mengemas rumah, memasak, menyusukan anak dalam satu masa. Ramai gadis Kedah yang mengejar kecantikan. Mereka bagus dalam kesemuanya tetapi tiada apa yang istimewa. Dalam kerjaya dan perhubungan sikap beginilah yang diperlukan. Gadis Kedah adalah seorang yang rajin membaca dan juga rajin berbahas.
Kelantan / Terengganu
Gadis Kelantan dan Terengganu yang terbaik jika nak dijadikan isteri! Mereka boleh menjadi isteri yang terbaik dengan sifat tradisionalnya. Mereka pandai memasak dan juga suri rumah yang baik. Mereka adalah contoh isteri melayu. Gadis Kelantan dan Terengganu sangat bekerja keras, berdikari dan bijak mencari wang sendiri. Menyayangi anak-anak dan bagus dalam hal memuaskan suami. Jika anda mempunyai isteri dari pantai timur ni anda seorang yang bertuah dan bernasib baik. Mereka juga bersifat sederhana.
Negeri Sembilan
Pada gadis Negeri Sembilan pula, mereka lebih mementingkan keluarga. Seorang ibu yang baik dan sangat protektif! Seorang yang terlalu emosioanal dan nostalgia. Mempunyai daya ingatan yang kuat . Tapi gadis di negeri ini sangat sensitif dan senang menyayangi orang lain. Sangat lembut apabila marah lidah gadis negeri sembilan akan bertukar menjadi pisau yang tajam!.
Pahang
Gadis Pahang sangat kreatif dan bakat mereka sangat jarang didapati oleh gadis negeri lain. Mereka senang dipengaruhi dang sangat benci dikritik. Gadis dari Pahang harus di bimbing tetapi sangat murah hati dan cepat menyayangi. Walaupun sering dilukai gadis Pahang tidak serik untuk menyayangi seseorang.
Perak
Gadis Perak antara yang paling tersibuk! Mereka sanggup membantu orang lain membuat sesuatu pekerjaan. Mereka terlalu baik sehingga membebankan diri sendiri. Mereka juga tidak bijak menguruskan sesuatu pekerjaan. Senang cakap suka jadi hamba orang sebab terlalu baik. Mereka juga senang ditipu..
Perlis
Sesiapa yang tidak mengenali gadis Perlis pastinya akan menyangka mereka ini golongan pemalas. Tetapi hakikatnya mereka ini tidak suka kelam kabut. Mereka lebih relax dalam membuat sesuatu perkara. Kadang kala mereka masih boleh bersantai walaupun kerja banyak! Tapi gadis Perlis sangat romantis dan dapat memberi komitmen yang baik kepada pasangan mereka.
sumber #Panas di Mesti Baca! Ciri-ciri Gadis Malaysia Di Setiap Negeri
EmoticonEmoticon