'NAK ORI, BELI KAT BUTIK LA!'

19:32
'NAK ORI, BELI KAT BUTIK LA!' 'NAK ORI, BELI KAT BUTIK LA!' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'NAK ORI, BELI KAT BUTIK LA!' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'NAK ORI, BELI KAT BUTIK LA!'

'NAK ORI, BELI KAT BUTIK LA!'



SHAH ALAM - Uptown Shah Alam yang sering menjadi tumpuan orang ramai membeli barangan berjenama tetapi dijual dengan harga murah, diserbu sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam.

Akibatnya, Uptown Shah Alam ditutup lebih awal dari waktu kebiasaannya beroperasi. Pendapatan peniaga juga turut terjejas ekoran serbuan KPDNKK.

Rabiatul Adawiyah, antara peniaga yang terjejas meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman Facebook.

"Uptown Shah Alam ditutup hari ini. Kena serbu dengan KPDNKK. Alasan, peniaga di sini kena jual barangan original dan semestinya ada GST.

"Apa bendalah, nama pun uptown, downtown. Apa yang originalnya? Apa yang GSTnya? Nak original, pergi beli di butiklah. Di sini untuk orang-orang yang tak berduit nak bergaya dengan barang ala-ala original. Fikir orang Shah Alam ini kaya?

"Nama je duduk Bandaraya Shah Alam, gaji RM3,000 sebulan pun silap-silap tak cukup nak menyimpan. Tolonglah, Petaling Street tak nak serbu ke? Di situ, otai, taiko banyak. Sekali saman, KPDNKK makan besar wo. Oh lupa, situ kan ada banyak jerung. Ke dah kena suap awal-awal?

"Lepas itu nak heboh Melayu tak membangun, Melayu tak maju, Melayu memilih, Melayu bla bla bla. Sekarang siapa yang bikin Melayu tak membangun? Siapa yang buat Melayu tak maju? Siapa yang buat Melayu memilih? Kalau dah banyak jalan di'sailang', lubang mana lagi Melayu mahu makan?

"Bangsa sendiri jual benda makan tepi jalan, KPDNKK kasi sailang, rembat semua barang tanpa ada amaran pertama. Bila bangsa Melayu nak buat lesen niaga, KPDNKK lambat-lambatkan proses. Bila Melayu tak buat apa-apa, kata Melayu pemalas. Kerajaan anak tirikan bangsa Melayu sendiri.

"Pendatang asing yang menumpang dan meragut kekayaan di sini, kerajaan bagi peluang besar buat perniagaan. Ada kedai makan, ada kedai runcit, siap ada pasar malam khas untuk mereka. Tanya lesen, semua ada. Tanya tinggal sini berapa lama? 5 tahun saja. 5 tahun dah ada kedai makan sendiri siap ada lesen? Apa barang? Tak sangka aku masih duduk di negara yang masih dijajah. Dijajah oleh bangsa sendiri!" katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'NAK ORI, BELI KAT BUTIK LA!'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 'NAK ORI, BELI KAT BUTIK LA!' and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.