MENGEJUTKAN!! Nasihat DR AZIZAN OSMAN Kepada 6000 Kakitangan MAS Yang Diberhentikan Kerja

17:11
MENGEJUTKAN!! Nasihat DR AZIZAN OSMAN Kepada 6000 Kakitangan MAS Yang Diberhentikan Kerja merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri MENGEJUTKAN!! Nasihat DR AZIZAN OSMAN Kepada 6000 Kakitangan MAS Yang Diberhentikan Kerja.
dr azizan menangis sedih


MENGEJUTKAN!! Nasihat DR AZIZAN OSMAN Kepada 6000 Kakitangan MAS Yang Diberhentikan Kerja  | Khas Buat 6,000 Kakitangan MAS Yang Diberhentikan Kerja! Beberapa hari ini agak heboh tentang pemberhentian kerja 6,000 kakitangan MAS secara serta-merta dan saya ingin mengucapkan takziah buat anda yang terlibat tetapi pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan tahniah.



Tahniah kerana jika anda melihatnya sebagai satu peluang untuk anda mengorak langkah membina kerjaya atau perniagaan baru yang lebih baik lagi Insya-Allah.


Beberapa hari lepas ketika saya di kaunter MAS di KLIA, saya sempat bertanya seorang akak yang menguruskan kaunter check-in di situ tentang pemecatan yang bakal berlaku. Beliau menjawab, jika beliau kena pecat, beliau akan terima dengan redha dan bersyukur. Komen beliau adalah pasti ada rezeki lain yang lebih baik yang Allah swt akan beri nanti.


Wow! Saya terinsaf sebentar mendengar komen yang positif tersebut kerana saya fikir jika ada 6,000 orang sedang menunggu masa untuk “dibuang”, persepsi yang mungkin berlaku adalah mereka akan menjadi negatif dan komplen dengan pembuangan ini.


Ada 5 perkara penting yang suka saya ingatkan kepada sesiapa yang terlibat dengan VSS (Volunteer Separation Scheme) yakni tawaran diberhentikan kerja sukarela dengan tawaran pampasan atau paksarela dengan pampasan:-

  1. Solat Hajat – Memohon agar Allah swt beri kekuatan dan rancang masa untuk lebih rapat kepadaNya
  2. Syukur – Di atas nikmat sebentar yang dipinjamkan mencari rezeki di tempat tersebut
  3. Yakin – Yakin bahawa pasti ada rezeki lain yang Tuhan aturkan untuk anda
  4. Sangka baik – Teruskan bersangka baik dengan Tuhan
  5. Sediakan diri – Ya, sediakan diri untuk merancang kewangan anda dan buat tindakan segera untuk mendapatkan ilmu tentang bisnes atau pelaburan

Amaran:

Jangan ambil duit untuk terus berniaga atau menyertai mana-mana skim cepat kayap atau apa sahaja perniagaan / pelaburan. Ingat, anda selama ini tidak pernah bisnes atau mungkin tidak biasa dengan risiko-risiko pelaburan yang ada. Jangan terburu-buru membuat keputusan.
Cadangan tindakan buat anda:-
  1. Ambil tempoh bertenang. Ya, anda telah bekerja bertahun-tahun dan tiba-tiba diberhentikan. Mungkin anda bersedia dan mungkin tidak. Ambil tempoh 1-2 minggu untuk bertenang. Spend time denganNya dan keluarga serta pada masa yang sama buat research tentang apa pilihan anda. Cari ilmu dan jika boleh rancang untuk tidak menggunakan simpanan yang ada untuk menampung hidup anda lebih dari 1 bulan. Kurangkan kos dan perbelanjaan yang tidak perlu.
  2. Baca buku. Saya cadangkan anda baca buku “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” kerana ia buku saya yang berkongsi tentang apa yang anda perlukan untuk memulakan bisnes serta melonjakkan perniagaan nanti. Anda juga boleh dapatkan buku “Magnet Kekayaan & Kejayaan” serta buku “21 Formula Hidup Luar Biasa” dari kedai buku seluruh Malaysia atau di www.azizanosman.com/onlineshop.
  3. Tonton dan subscribe YouTube saya: Azizan Osman. Anda tonton Episod 1 – YouTube saya bertajuk “Tanya Dr Azizan” di mana saya bercakap tentang bagaimana memulakan perniagaan dan ada banyak YouTube video saya di YouTube: Azizan Osman siri “Tanya Dr Azizan” yang bercakap mengenai bisnes dan pelaburan serta risiko dan potensinya.

Dan mohon bantuan dan petunjukNya.


Jika anda mahu berniaga, nanti dulu! Tonton video “Tanya Dr Azizan” Siri 1 di YouTube Azizan Osman.


Saya tidak mampu bantu untuk bantu anda banyak, tetapi mudah-mudahan selepas anda menonton video itu, anda akan lebih berhati-hati membuat keputusan tentang pilihan langkah anda yang seterusnya.


Alhamdulillah sejak 2008, kelas saya telah dihadiri oleh lebih 600,000 orang dan tahun lepas sahaja 140,000 telah hadir secara Percuma tanpa sebarang bayaran sedangkan kos penganjuran program setahun mencecah lebih RM10 juta.


Bermula tahun ini, saya berikan banyak video-video seminar saya secara Percuma atau pada kos yang rendah kerana saya tidak ada banyak masa untuk anjurkan seminar perniagaan saya di banyak tempat, tetapi saya percaya ramai yang mahu belajar berniaga untuk membina tahap kewangan anda serta memperbaiki taraf kehidupan keluarga anda.


Saya juga tahu ada yang skeptikal dengan saya dan persepsi negatif tentang usaha yang saya buat kerana anda tidak mengenali saya atau tidak pernah hadir mana-mana Sesi Live Seminar saya. Itu tidak mengapa, tetapi apa yang penting adalah cuba anda berikan sedikit masa untuk tonton dan dengar apakah ilmu bisnes yang saya sampaikan dan kenali latarbelakang pengalaman saya bina syarikat pengiklanan dan pemasaran saya sejak tahun 2001 dan kenapa ramai anak didik saya yang menjadi usahawan yang berjaya bermula dari kosong serta ramai yang telah menjadi jutawan, kenapa?


Di bawah ini saya senaraikan apa yang anda boleh buat untuk dapatkan ilmu dan pengalaman saya:-
  1. Tonton YouTube: Azizan Osman
  2. Dapatkan emel bersiri saya dengan memasukkan emel anda di laman web saya di AzizanOsman.com
  3. Baca hasil penulisan saya di blog AzizanOsman.com/blog
  4. Follow Facebook page ini dan baca banyak perkongsian saya yang lepas
  5. Follow Instagram dan Twitter saya atas nama @drazizanosman

P/S: Saya tidak mencadangkan anda hadir ke Live Seminar Intensif saya yang biasanya 3-4 hari kerana ia bukan untuk semua orang. Ia mahal dan hanya sesuai untuk mereka yang benar-benar komited dan mahukan results yang pantas Insya-Allah dan biasanya dianjurkan hanya di Kuala Lumpur.


Bagi anda yang masih berfikir dan ragu-ragu bertindak, saya cadangkan anda layari dan muat turun prebiu buku ’21 Formula Hidup Luar Biasa’ di www.hidupluarbiasa.com dan ‘Share’ dengan rakan-rakan anda dan ahli keluarga jika anda rasa apa yang dikongsikan dalam penulisan saya memberi manfaat kepada mereka.


Salam Kejayaan.
Dr Hj ?Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia



#Panas di MENGEJUTKAN!! Nasihat DR AZIZAN OSMAN Kepada 6000 Kakitangan MAS Yang Diberhentikan Kerja

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Oleg
AUTHOR
3 January 2020 at 13:38 delete

Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

Reply
avatar
Powered by Blogger.