Lelaki Dayus Halang Anak Bertemu Dengan Ibu

11:25
Lelaki Dayus Halang Anak Bertemu Dengan Ibu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lelaki Dayus Halang Anak Bertemu Dengan Ibu.




Masih ingat lagi dengan kes wanita dibelasah oleh suaminya di dalam lif beberapa tahun yang lalu? Menurut sumber, kes ini masih belum diselesaikan oleh mahkamah.


Terbaru, Mohammad Affandi Ismail, yang bekerja sebagai pegawai veterinar, dilaporkan telah membawa lari anak mereka dan menghalang anaknya itu bertemu dengan ibu kandungnya sendiri.


Isterinya, Siti Khadijah, memuat naik status di laman Facebook yang kecewa tidak dapat bertemu dengan anaknya.


"Harapan untuk bertemu anak-anak di Pahang kelmarin hanya tinggal harapan. Tak sangka ada juga manusia sekejam ini. Sanggup sembunyikan anak-anak dalam rumah kerana tak bagi bertemu dengan seorang ibu.


BACAPAK CIK TUA KONGSI KISAH SEDIH ANAK


"6 bulan terpisah, 6 bulan seorang ibu rindukan anak-anak. Dengan penuh tekad dan nekad, memandu dari Pulau Pinang ke Pahang tetapi hanya sia-sia. Tiada sedikit pun belas kasihan untuk dipertemukan saya dengan anak-anak.


"Kerja di jabatan haiwan, hati pun dah macam haiwan. Malahan lebih teruk. haiwan ada juga perasaan kasih sayang. Memang dasar lelaki tak guna, tak ada perikemanusiaan," katanya dalam nada sangat sedih.


Sungguhpun dirayu, ditangisi agar lelaki itu bersimpati dan memberikannya peluang bertemu dengan anaknya sendiri, namun sia-sia.


Ada segelintir yang menganggap kononnya Siti Khadijah yang berlaku curang, namun dinafikan agar tidak timbul salah faham.


"Ingin saya jelaskan di sini, sekiranya saya curang atau bersalah, beranikah saya nak mendakwa dan mengheret dia ke mahkamah? Jangan menuduh jika tidak tahu punca sebanar, sebab boleh jatuh fitnah," katanya.


Tergamak seorang bapa memisahkan anak-anak dengan ibunya sendiri. Apalah salahnya jika diberi berjumpa seketika. Hanya kerana tidak mempunyai persefahaman di antara suami isteri, anak-anak menjadi mangsa. 


#Panas di Lelaki Dayus Halang Anak Bertemu Dengan Ibu

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.