10 Jenis Baka Kucing Paling Popular Di Dunia..!!

01:12
10 Jenis Baka Kucing Paling Popular Di Dunia..!! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 10 Jenis Baka Kucing Paling Popular Di Dunia..!!.


Kucing diakui sangat membantu menenangkan manusia yang sedang stress dengan keletahnya yang manja dan menawan hati. Tidak hairanlah apabila Rasulullah SAW sendiri menjadikan kucing sebagai haiwan kesayangan baginda.


Pada zaman dahulu, baka kucing yang baik tidaklah begitu senang untuk dijumpai. Mereka ditempatkan pada posisi yang tinggi dalam ketamadunan seperti Mesir. Hari ini, semua orang boleh memelihara dan kucing sendiri. Tiada lagi halangan atau kekangan yang menghalang daripada kita mempunyai kucing, tidak seperti haiwan peliharaan lain yang memerlukan kos yang agak tinggi dan tertakluk kepada akta tempatan.


Di bawah adalah senarai 10 baka kucing paling popular di dunia.

1. Kucing Siam








Kucing Siam sangat popular. Mereka mempunyai tanpa pada bulunya menyebabkan mereka sangat berbeza. Mereka mempunyai badan yang langsing dan postur badan yang elegan.



2.  Kucing Maine Coon









Kucing Maine Coon adalah salah satu baka kucing paling tua. Di mana saja kita berada di dunia, akan ada yang kamu jumpai kucing ini yang boleh bertahan dalam iklim sejuk atau panas. Mereka juga suka bergembira.



3. Kucing Ragdoll




Satu lagi baka kucing yang menarik adalah kucing Ragdoll. Kucing Ragdoll mempunyai bulu sederhana panjang. Mereka sangat lembut, ramah dan penyayang. Pastinya, kucing ini sempurna untuk menjadi haiwan peliharaan di rumah.



4. Kucing Parsi 




Kucing Parsi juga salah satu baka kucing yang sangat popular. Mereka dikenali dengan bulu panjang dan kembang yang boleh tumbuh sehingga 3 inci. Warna mereka juga cantih; putih, hitam, kelabu, oren, atau kombinasi warna-warna ini.




5. Kucing Burma 




Kucing Burma berbulu pendek. Mereka mempunyai mata berwarna kucing yang besar dan bulunya selembut satin. Membelai bulunya sudah cukup untuk menampakkannya cantik. Kucing Burma mempunyai suara yang halus dan mereka boleh menjadi begitu rapat dan dipercayai oleh tuannya.




6. Kucing Siberia 



Kucing Siberia terkenal dengan badannya yang berkadaran dan bulunya. Ada yang mendakwa bulun kucing ini adalah hipoalergenik yang bermaksud tidak menyebabkan alergik, tetapi hal ini masih belum dapat dipastikan.




7. Kucing Somalia 



Kucing Somalia adalah kucing dengan bulu panjang yang kecil sedikt berbanding baka Abyssinian. Mereka mempunyai bulu yang kembang dan ekor seperti berus. Mereka adalah yang terbaik untuk tuan yang menginginkan kucing peliharaan yang aktif, bijak dan suka bermain.




8. Kucing Russian Blue 




Kucing Rusia Biru adalah kucing dengan bulu yang berwarna kelabu kebiruan. Mereka biasanya mempunyai mata berwarna hijau atau gelap. Kucing ini biasanya sangat suka bermain dan bijak. Mereka juga boleh rapat dengan pemiliknya tetapi sangat pemalu dengan orang asing. Comelnya kucing ni! Rasa nak tarik je mereka dari skrin komputer ni. Korang rasa macam tu tak? Hahaha. Teacher Muja percaya ramai yang mempunyai kucing di rumah masing-masing. Sayangilah mereka kerana mereka datang untuk menguji kesabaran dan membawa rahmat. Insya Allah. Wassalaam.



9. Kucing Bobtail Amerika 




Kucing Bobtail Amerika sangat mudah dicam kerana ekornya yang jauh lebih pendek daripada kucing biasa dan kelihatan seperti sengaja dipotong. Ada yang berbulu panjang dan ada juga yang berbulu pendek. Warna matanya berbeza-beza.




10. Kucing Manx 



Kucing Manx adalah sangat berbeza daripada baka yang lain kerana belakangnya yang sedikit aneh dan berakhir dengan ekor yang pendek. Struktur badannya membuatkan Kucing Manx kelihatan berbentuk bulat yang menyebabkan mereka nampak sangat comel seperti anak patung.



Kredit: Fuh

#Panas di 10 Jenis Baka Kucing Paling Popular Di Dunia..!!

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.