Yang Tidak Sayangkan Ibu Jangan Baca Kisah Mengharukan Kerana Semangkuk Mee Ini. Kisah Kehidupan yang merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri YANG TIDAK SAYANGKAN IBU JANGAN BACA KISAH MENGHARUKAN KERANA SEMANGKUK MEE INI.
YANG TIDAK SAYANGKAN IBU JANGAN BACA KISAH MENGHARUKAN KERANA SEMANGKUK MEE INI | Pada malam itu,Ana bertengkar dengan ibunya,Kerana sangat marah,Ana segera meninggalkan rumah
Tanpa membawa apapun.
Saat berjalan di suatu jalan,ia baru menyedari bahawa dia sama sekali tidak membawa wang.
Saat menyusuri sebuah jalan,dia melalui sebuah kedai dan dia mencium harumnya aroma masakan.Dia ingin sekali memesan satu mangkuk mee tetapi dia tidak mempunyai wang.
Pemilik kedai melihat Ana berdiri cukup lama didepan kedainya,Lalu berkata “Dik, apakah engkau ingin memesan semangkuk mi?”
Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga.
” Ya,tetapi, aku tidak membawa wang” jawab Ana dengan malu-malu“Tidak apa-apa,aku akan belanja" jawab si pemilik kedai.“Silakan duduk,aku akan memasakkan mee untukmu”.
Tidak lama kemudian,pemilik kedai itu mengantarkan semangkuk mee,Ana segera makan beberapa suap,kemudian air matanya mulai berlinangan.
“Ada apa dik?” Tanya si pemilik kedai.
“Tidak apa-apa” aku hanya terharu jawab Ana sambil mengeringkan air matanya.
“seorang yang baru kukenal pun telah memberi aku Semangkuk mee.. tetapi,… ibuku sendiri,setelah bertengkar denganku,mengusirku dari rumah dan mengatakan kepadaku agar jangan kembali lagi ke rumah”..
“Kau,seorang yang baru kukenal,. tetapi begitu peduli denganku dibandingkan dengan ibu kandungku sendiri” katanya kepada pemilik kedai.
Setelah mendengar kata-kata ana,Pemilik kedai menarik nafas panjang dan berkata “adik mengapa kau berfikir seperti itu?..
Renungkanlah hal ini,aku hanya memberimu semangkuk mee dan kau begitu terharu.
Ibumu telah memasak mee dan nasi untukmu saat kau kecil sampai saat ini,mengapa kau tidak berterima kasih kepadanya?Dan kau malah bertengkar dengannya.
Ana,tersentak mendengar kata-kata pemilik kedai tersebut.
“Mengapa aku tidak berfikir tentang hal tersebut?Untuk semangkuk mee dari orang yang baru ku kenal,aku begitu berterima kasih,tetapi kepada ibuku yang memasak untukku selama bertahun-tahun,aku tidak mempedulikannya.
Dan hanya kerana persoalan serta bertengkar dengannya aku membenci ibuku..
Ana,segera menghabiskan mee lalu dia menguatkan dirinya untuk segera pulang ke rumahnya.
Saat berjalan ke rumah,dia hanya memikirkan kata-kata yang harus diucapkan kepada ibunya.
sampai di ambang pintu rumah,dia melihat ibunya dengan wajah letih dan cemas,Ketika bertemu dengan Ana,kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah “Ana kau sudah pulang,cepat masuklah,aku telah menyiapkan makan malam dan makanlah dahulu sebelum kau tidur,makanan akan menjadi dingin jika kau tidak memakannya sekarang.
Pada saat itu Ana tidak dapat menahan tangisnya dan ia menangis dihadapan ibunya.
Sekali waktu,kita mungkin akan sangat berterima kasih kepada org lain disekeliling kita untuk suatu pertolongan kecil yang diberikan kepada kita.
Tetapi kepada orang yang sangat dekat dengan kita (keluarga) khususnya orang tua kita,kita harus ingat bahwa kita berterima kasih kepada mereka seumur hidup kita atas jasa dan pengorbanan seorang ibu dan ayah.
Semoga perkongsian ini membawa seribu kebaikan buat semua.
sumber
#Panas di YANG TIDAK SAYANGKAN IBU JANGAN BACA KISAH MENGHARUKAN KERANA SEMANGKUK MEE INI
EmoticonEmoticon