Punca pilihanraya kecil Dun Lenggeng, Parlimen Seremban terjawap!

08:03
Punca pilihanraya kecil Dun Lenggeng, Parlimen Seremban terjawap! Punca pilihanraya kecil Dun Lenggeng, Parlimen Seremban terjawap! - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Punca pilihanraya kecil Dun Lenggeng, Parlimen Seremban terjawap! harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Punca pilihanraya kecil Dun Lenggeng, Parlimen Seremban terjawap!

Punca pilihanraya kecil Dun Lenggeng, Parlimen Seremban terjawap!



ADUN Umno Lenggeng, Datuk Ishak Ismail telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi, yang berkemungkinan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

Perintah mengisytiharkan Ishak muflis telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac dan Ishak dikatakan menerima perintah itu bulan lepas.

Seseorang wakil rakyat hilang kerusinya selepas diisytiharkan muflis.

Bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga pengerusi Umno negeri, berkata status Ishak sebagai ADUN kekal sehingga rayuannya didengar.

Menurut The Star, ahli politik berusia 64 tahun itu gagal untuk menyelesaikan pinjaman daripada ahli perniagaan, Misran Sukadi.

Bagaimanapun, Ishak berkata beliau hanya diserahkan perintah mahkamah pada 27 April.

"Peguam saya telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikannya dan perkara itu akan didengar di Mahkamah Tinggi esok," katanya kepada The Star.

Pada tahun 2009, Ishak berucap di Perhimpunan Agung Umno yang mensasarkan ramai pemimpin parti itu dan rakaman ucapannya laris dijual seperti goreng pisang panas.

Beliau mensasarkan pelbagai pemimpin, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam ucapannya itu, Ishak menceritakan bagaimana menteri itu lemah dalam bahasa Inggeris di zaman mudanya dan telah menyebut "two zero dollars" dan bukannya "twenty dollars".

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata speaker dewan belum memaklumkan perkara itu kepadanya.

"Di bawah undang-undang, jika anda telah disahkan muflis, dan anda tidak boleh menyelesaikan (muflis), maka akan berlaku kekosongan," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika Ishak merayu dan berjaya menyelesaikan isu ini, maka pilihan raya tidak akan diadakan..

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Punca pilihanraya kecil Dun Lenggeng, Parlimen Seremban terjawap!. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Punca pilihanraya kecil Dun Lenggeng, Parlimen Seremban terjawap! and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.