Kegilaan selfie nyaris ragut nyawa

07:27
Kegilaan selfie nyaris ragut nyawa merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kegilaan selfie nyaris ragut nyawa.


Kegilaan selfie nyaris ragut nyawa

Danny Bowman




KETIKA berada di sekolah tinggi, Danny Bowman, 19, pernah menghabiskan masa sehingga 10 jam untuk mengambil lebih 200 selfie semata-mata mahu menarik perhatian rakan perempuannya.



Kegilaan remaja ini berselfie bermula seawal usia 15 tahun akhirnya memakan diri hingga menyebabkannya terpaksa berhenti sekolah selain kehilangan berat badan secara mendadak.



"Saya pernah tidak keluar dari rumah selama enam bulan hanya kerana gagal mengambil gambar selfie yang sempurna. Saya menjadikan aktor Leonardo Di Caprio sebagai idola dan ketaksuban itu hampir meragut nyawa saya," katanya.



Bagaimanapun, Bowman kini semakin pulih selepas menjalani terapi untuk merawat ketagihannya yang berpunca daripada masalah kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan dismorfia (kebimbangan melampau terhadap penampilan diri sendiri).



Menurutnya, dia sudah tidak lagi mengambil selfie sejak lebih tujuh bulan lalu.



"Saya mula sedar untuk mencapai kesempurnaan adalah satu perkara mustahil," katanya yang dipetik DailyMail



Remaja tersebut kini terlibat dengan Fixers yang merupakan sebuah badan amal bertujuan untuk membantu golongan remaja menyelesaikan masalah dihadapi oleh mereka.

sumber

#Panas di Kegilaan selfie nyaris ragut nyawa

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.