Kanta sentuh berkamera

06:28
Kanta sentuh berkamera merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kanta sentuh berkamera. type='html'>






NEW YORK 16 April - Peneraju enjin carian global, Google Inc dilapor telah memfailkan paten untuk sistem kanta sentuh pintar yang dilengkapi kamera sekali gus mampu mengecilkan saiz teknologi sebelum ini yang dipanggil Google Glass.

Menerusi kanta sentuh pintar itu, pengguna hanya perlu menggunakan 'satu sistem canggih yang menggunakan corak kerlipan', berdasarkan kajian syarikat Patent Bolt berbeza dengan gajet Google Glass yang memerlukan pemakai kaca mata pintar berkenaan menggunakan suara mereka untuk mendapat maklumat daripada laman web atau merakam gambar.

Malah, pemakai kanta sentuh pintar itu akan kelihatan berbeza berbanding orang ramai yang menggunakan Google Glass.

Berita tentang tindakan Google memfailkan paten kanta sentuh itu muncul beberapa bulan lalu selepas syarikat berkenaan memperkenalkan satu prototaip kanta sentuh yang mampu mengawal paras glukosa dalam badan.

Ciptaan itu yang dihasilkan syarikat Google X Labs boleh memberi sumbangan terbesar kepada jutaan penghidap penyakit kencing manis yang perlu mengukur kandungan gula dalam darah mereka dengan mengeluarkan sedikit darah daripada jari mereka.

Menurut Patent Bolt, teknologi kanta sentuh pintar itu boleh membantu golongan buta untuk 'melihat' sesetengah objek.

“Sebagai contoh, orang buta yang memakai kanta sentuh pintar Google yang dilengkapi kamera boleh berjalan di laluan kaki lima yang hampir dengan persimpangan. Komponen analisis kanta sentuh itu boleh memproses data imej dari kamera untuk menentukan sekiranya terdapat kereta yang menghampiri persimpangan itu," katanya sebagaimana lapor laman Yahoo.com.

sumber

#Panas di Kanta sentuh berkamera

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.