Kadir: Najib terhutang budi tajaan kahwin anaknya?

08:35
Kadir: Najib terhutang budi tajaan kahwin anaknya? Kadir: Najib terhutang budi tajaan kahwin anaknya? - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Kadir: Najib terhutang budi tajaan kahwin anaknya? harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Kadir: Najib terhutang budi tajaan kahwin anaknya?

Kadir: Najib terhutang budi tajaan kahwin anaknya?



Bekas pengarang kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin berkata penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap penajaan bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan beliau di Kazakhstan, boleh menimbulkan persoalan.

"Kita perlu bertanya, adakah elok bagi seorang perdana menteri menerima tajaan daripada pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri?

"Tidakkah ini membuatkan perdana menteri kita terhutang budi dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak-pihak yang menaja perbelanjaan beliau, misalnya membeli berpuluh-puluh buah jam tangan mewah untuk dijadikan hadiah?" tulis Kadir di blognya

Kadir mengulas kenyataan pegawai khas Najib -  Rizal Mansor - yang memberitahu Malaysiakini bahawa rombongan ke Kazakhstan baru-baru ini ditaja oleh keluarga menantunya, Daniyar Kessikbayev.

Dicetuskan oleh dakwaan Dr M

Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan mereka berada di Kazakhstan dari 17 hingga 19 april untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Sebelum ini, dua majlis telah diadakan di Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang.

Tidak banyak yang diketahui mengenai majlis itu, tetapi perbincangan hangat mengenai majlis tersebut bermula selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat khabar angin bahawa RM3 juta dibelanjakan untuk susunan bunga di majlis perkahwinan itu  pada 28 Mac di KLCC.

Mahathir juga mendakwa rombongan Najib ke Kazakhstan pada bulan April itu ialah sekitar 300 orang.

Dua jet kerajaan yang biasanya digunakan untuk menerbangkan perdana menteri ke luar negara, tidak terbang ke Kazakhstan dalam tempoh tersebut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Kadir: Najib terhutang budi tajaan kahwin anaknya?. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Kadir: Najib terhutang budi tajaan kahwin anaknya? and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.