Ibu Terkejut Anak Kembar Punyai Bapa Yang Berlainan, Mengaku Tiduri 2 Lelaki

01:27
Ibu Terkejut Anak Kembar Punyai Bapa Yang Berlainan, Mengaku Tiduri 2 Lelaki merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ibu Terkejut Anak Kembar Punyai Bapa Yang Berlainan, Mengaku Tiduri 2 Lelaki.


Misteri sains dan alam adalah sesuatu yang sering kali membuat kita terfikir betapa hebat dan besarnya kuasa Tuhan.

Mungkin itu gambaran yang paling tepat untuk kisah yang dipaparkan ini. Seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat, terkejut besar apabila diberitahu anak kembarnya mempunyai bapa yang berlainan.

Kejanggalan biologi itu dipanggil superfecundation, dan dilaporkan hanya berlaku satu dalam 13,000 kes kelahiran kembar. Statistik tepat bagaimanapun tidak diketahui.

Wanita yang dirahsiakan identiti itu pada mulanya memohon perintah mahkamah untuk nafkah anak kembarnya daripada seorang lelaki. Namun hasil ujian DNA ke atas seorang daripada dua bayi perempuan itu menunjukkan bayi berkenaan bukan anak lelaki tersebut.

Selepas disoal, wanita itu mengaku meniduri dua lelaki dalam tempoh seminggu.

Pakar Obstetrik di Hospital Mount Sinai di New York menjelaskan, biarpun pelik, kes seperti ini biasa berlaku namun jarang diketahui kerana ketiadaan sebab untuk melakukan ujian DNA dan paterniti.

Situasi ini berlaku memandangkan telur wanita punya jangka hayat sehingga 48 jam dan sperma lelaki mampu hidup sehingga 10 hari, sekaligus membolehkan persenyawaan berlaku walaupun membabitkan dua lelaki berlainan.

Sumber:

#Panas di Ibu Terkejut Anak Kembar Punyai Bapa Yang Berlainan, Mengaku Tiduri 2 Lelaki

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.