Ibu Hukum Anak Perempuan Muatnaik Gambar Separuh Bogel Di Facebook

02:34
Ibu Hukum Anak Perempuan Muatnaik Gambar Separuh Bogel Di Facebook merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ibu Hukum Anak Perempuan Muatnaik Gambar Separuh Bogel Di Facebook.



Laporan BBC mengatakan rakaman Valerie Starks memarahi anaknya yang berusia 13 tahun mendapat perhatian lebih 12 juta pelayar.


“Awak ada Facebook, dan awak muatnaik foto awak memakai pakaian dalam,” kata Stark dalam rakaman tersebut, menyebabkan anaknya mula menangis.


“Jangan menangis. Awak tak menangis semasa awak muatnaik foto separuh bogel awak,” luah Stark kecewa.


Walaupun segelintir pelayar menuduh Stark melakukan buli siber, namun hampir sebahagian besar pelayar yang merupakan ibu bapa memuji tindakannya.


“Dunia perlukan lebih ramai ibu seperti awak. Cara awak ajar anak awak adalah bagus,” kata Rhonda Snow di laman Facebook Stark.


“Ini sangat mengecewakan,” kata Amy McCready yang mengaku pakar dalam hal kekeluargaan.


Menurut McCready, cara tersebut akan menyebabkan anak-anak sukar untuk berterus-terang dan berkongsi masalah dengan ibu dan bapa.


“Jika mereka takut dimalukan, mereka akan jadi lebih cekap untuk menyembunyikan rahsia,” terang McReady.


Dalam satu temuramah, Stark memberitahu agensi KMGH bahawa dia sayangkan anak perempuannya.


“Anak perempuan saya akan faham nanti, dan menghormati saya kerananya (hukuman),” kata Stark.


“Jangan cakap anak perempuan anda tidak akan buat benda yang teruk, jangan sampai perkara yang sama terjadi kepada kamu,” kata Stark kepada ibu bapa yang lain.


Sumber: Sinar Harian
#Panas di Ibu Hukum Anak Perempuan Muatnaik Gambar Separuh Bogel Di Facebook

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.