Derita didera ibu bapa angkat

10:32
Derita didera ibu bapa angkat Derita didera ibu bapa angkat merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Derita didera ibu bapa angkat membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
Derita didera ibu bapa angkat

Derita didera ibu bapa angkat


Miri: Selepas tiga tahun menahan derita didera ibu bapa angkat, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun tidak lagi mampu menanggung sengsara dan nekad lari dari rumah untuk membuat laporan polis, semalam.
Keputusan itu dibuat apabila remaja yang bekerja sebagai pelayan restoran itu menerima ugutan daripada ibunya selepas mangsa gagal memberikan wanita itu wang belanja harian.
Iibu mangsa datang ke tempat kerjanya di pusat bandar dan meminta wang, namun mangsa tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada ibunya.
Sumber berkata, kegagalan mangsa memberikan wang itu membuatkan ibunya bengang dan mengugut mangsa dipukul apabila balik ke rumah.
Menurutnya, mangsa yang bimbang keselamatan dirinya nekad melarikan diri dari rumah dan menetap di rumah keluarga rakannya.
“Mangsa mendakwa sering dipukul ibu bapa angkatnya itu sejak tiga tahun lalu, adakalanya dia akan dipukul menggunakan kayu.
“Sekiranya ada masalah di rumah, mangsa juga sering dipersalahkan dan dibelasah. Malah, mangsa turut dipaksa bekerja dan menyerahkan semua wang gajinya kepada suspek,” katanya.
Berikutan itu, katanya, mangsa yang tidak tahan dengan penderaan itu membuat keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, di sini, semalam.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
[Gambar diatas hanya hiasan semata]-sumber

Artikel Derita didera ibu bapa angkat ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Derita didera ibu bapa angkat and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.