(5 Gambar) Minuman Memualkan Dari Jari Kaki Manusia!

04:55
(5 Gambar) Minuman Memualkan Dari Jari Kaki Manusia!



Walaupun bunyinya seperti kotor dan menjijikkan, namun itulah antara menu yang terdapat di Hotel Downtown, Downson City, Kanada.


Sourtoe Cocktail

Jika anda berani untuk mencuba, pelanggan boleh memilih apa juga jenis minuman dan kemudiannya dicampurkan dengan ibu jari kaki manusia sebagai bahan penambah rasa yang sangat luar biasa.

Minuman pelik ini diberi nama, Sourtoe Cocktail! Ideanya bermula pada bulan September 1973, apabila seorang kapten kapal tempatan, Dick Stevenson, menemui sepotong ibu jari kaki manusia terpelihara di dalam sebuah balang berisi air jeruk.

Beliau kemudiannya mengambil jari kaki tersebut lalu dimasukkan ke dalam segelas minuman beralkohol miliknya. Maka, dari situ terciptalah menu memualkan itu.


Sourtoe Cocktail - Capt Dick Stevenson

Kini, usia minuman tersebut sudah mencecah lebih 40 tahun. Dalam tempoh itu, Sourtoe Cocktail Club telah ditubuhkan dengan keahlian hampir 100 ribu orang dan lebih daripada 60 ribu orang dari seluruh dunia telah mencuba hidangan ini.

Harga menu ini ialah USD$5 (RM16.45). Jika ingin memesannya, pelanggan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Caranya, pesan minuman yang dikehendaki. Selepas menerima segelas air berisi ibu jari, pelanggan boleh memilih sama ada hendak meminumnya dngan cepat atau dengan perlahan-lahan. Dengan syarat, ibu jari kaki yang mengerikan itu perlu menyentuh bibir setiap kali meneguk minuman. Mana-mana pelanggan yang tertelan jari kaki akan dikenakan denda sebanyak US$500.

Pernah terjadi seorang pelanggan menelan jari kaki dalam minumannya. Kejadian itu berlaku pada bulan Ogos 1980 apabila seorang lelaki bernama Josh dari New Orleans, tiba-tiba membayar denda tanpa diminta sebelum berlalu pergi. Rupa-rupanya dia telah menelan 'penambah rasa' itu dengan sengaja.

Sejak itu, denda telah dinaikkan kepada US$2,500 kepada mana-mana individu yang sengaja menelannya. Namun, nasib mereka juga sentiasa baik kerana sejak kes pertama, sudah 12 ribu ibu jari kaki dari individu berbeza telah digunakan untuk menu tersebut.

Selain ditelan, ada juga kes ibu jari kaki hilang dan mereput. Tapi, pihak mereka sentiasa dapat mencari seseorang yang mahu mendermakan jari kaki baru.


Sourtoe Cocktail Wanted

Siapakah empunya jari-jari kaki ini? Berdasarkan rekod yang dicatatkan, jari pertama yang digunakan dalam minuman yang meloyakan ini disahkan milik seorang lelaki bernama Louie Liken. Dia bersama adiknya, Otto, dikatakan telah mengembara ke Artik dengan menaiki kereta gelongsor sekitar tahun 1920an.

Akibat terdedah kepada cuaca sejuk melampau, jari kaki Liken mengalami gangren dan terpaksa dipotong. Jari kaki Liken yang telah dipotong kemudiannya diletakkan di dalam bekas berisi alkohol dan dijadikan sebagai bahan utama untuk minuman Sourtoe Cocktail.

Jari kaki kedua pula telah didermakan oleh Lawrence of Fort Saskatchewan. Wanita dari Alberta, Kanada ini mendermakan jari kaki tengahnya yang telah dipotong 13 tahun lalu akibat kanser dan disimpan dalam baang garam di Hotel Downtown. Bagaimanapun, balang tersebut hilang selepas bar hotel melakukan pengubahsuaian.


Sourtoe Cocktail [2]

Selepas kehilangan itu, pada tahun 1982, seorang lelaki dari Faro, sebuah bandar yang terletak di Portugal, telah menghantar ibu jarinya kepada Kapten Dick Stevenson. Ia dipotong akibat gangren, namun ia juga dilaporkan hilang.

Jari ketiga dan keempat pula dihantar oleh penderma tanpa nama. Tidak lama kemudian, tiga orang wanita menyumbangkan jari kaki mereka selepas dibedah akibat penyakit diabetes. Mereka membawa jari kaki masing-masing ke Dawon City dari Sudbury, Ontario, selepas terbaca tentang Sourtoe dalam sebuah akhbar tempatan.

Sejurus itu, pihak hotel menerima satu lagi balang alkohol berisi ibu jari. Penderma yang kelapan menghantar kiriman tersebut bersama mesej bertulis, 'Jangan memakai selipar semasa memotong rumput'.

Setiap jari kaki yang diterima daripada penderma akan disteril dengan alkohol dan disimpan dalam bekas berisi garam. Proses itu dilakukan sehingga jari kaki benar-benar boleh terapung dalam minuman dan menyentuh bibir pelanggan yang berani.

Persoalannya, tidak memudaratkankah jika seseorang meminum air dengan rendaman jari kaki manusia?



Pakar perubatan dari UH Case Medical di Cleveland, Dr. Robert Truax, berkata kuman akan mati jika jari kaki yang telah dipotong diletakkan dalam rendaman cecair beralkohol tinggi.

Penyakit-penyakit berbahaya seperti Hepatitis dan HIV tidak akan berjangkit sekiranya darah pada jari kaki tersebut telah dipastikan benar-benar sudah cukup kering.

Sungguhpun begitu, dari sudut kesihatan pula, ia diakui tidak memberi apa-apa manfaat kepada tubuh.

Apa yang dibimbangkan ialah, ia mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada peminumnya jika jari kaki tidak disteril dengan betul.

Oleh itu, jalan terbaik ialah dengan tidak mencubanya.

Sumber


Panas! (5 Gambar) Minuman Memualkan Dari Jari Kaki Manusia!

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.