Isu Sebar Riwayat Palsu - UKE Bangkit Jawab Dr MAZA
Penceramah Bebas terkenal, Datuk Kazim Elias menjawab tuduhan pihak tertentu yang mendakwa kononnya beliau menyebarkan riwayat palsu selepas penceramah itu tidak dibenarkan menjadi panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis tidak lama lagi. (BACA SINI)
Menurutnya, pihak berkenaan seharusnya menghubungi beliau sendiri mendapatkan penjelasan berhubung riwayat yang dianggap palsu.
"Sebelum menganggap saya bawa riwayat palsu, panggillah saya dulu untuk jelaskan. Itu yang sebaiknya.
“Apa saya kata dalam buku itu hanya secara kiasan, Rasulullah SAW, buat kenduri kahwin dengan menghidangkan roti dengan kuah kambing yang saya kiaskan sebagai roti jala dan kari.
“Perlu baca sepenuhnya ayat saya itu di mana saya mahu menerangkan, perkahwinan Rasulullah paling mahal adalah perkahwinan baginda dengan Zainab Jahsy apabila menghidangkan roti dengan kambing. Sebagai penceramah, saya mahu guna bahasa kampung, tidak salah kenduri buat roti jala dengan kari kambing,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.
Semalam, tersebar sepucuk surat dilaman sosial Facebook yang ditandatangani Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan ketidaksetujuan beliau terhadap pemilihan Ustaz Kazim sebagai panel dalam forum yang bakal dianjurkan di negeri tersebut. -MD.
Sumber

EmoticonEmoticon