Biadab! BFM Radio Hina Usaha Kelantan Melaksanakan Hukum Hudud
Seorang wanita didapati menghina dan mempertikaikan usaha kerajaan Kelantan yang diperintah oleh PAS mahu melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut.
Aisyah BFM (The Business Radio Station) dirakam mengupas tentang isu tersebut dalam gaya santai dan berbaur penghinaan telah menimbulkan kemarahan netizen yang beragama Islam.
Permulaan video yang diterbitkan di laman BFM ini saja sudah jelas sekali menghina dengan niat.
"Eh? Sejak bila ni? Oh Kelantan, terlupa..."
"Finally mimpi PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan datang menjelma. Tetapi untuk orang yang bukan Kelantan macam saya ni, musykil jugalah.
"Banyak pindaan dia. Lepas itu, boleh pula Menteri Besar Kelantan panggil orang yang kritik hudud ini tak beriman?
"Okaylah okaylah.. korang ini dah bertahun bising pasal hudud. I pun dah malaslah nak kupas. Tapi ada satu I nak tanya, apa jadi dengan nasib mangsa banjir rakyat Kelantan?
"Tiga bulan dah mereka masih tak ada rumah dan bukan itu saja tau. Penggunaan dadah, kes cerai makin tinggi, (video) 3GP bersepah.
"Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat dari isu yang penting macam ekonomi dan pentadbiran. Samalah macam isu negara ini, orang gaduh pasal bangsa, agama, tetapi ekonomi negara merosot. Lepas itu hutang kita meningkat.
"Bila sampai masanya, tak tahulah hudud itu boleh isi periuk nasi kita. Hmm tepuk dada tanya seleralah.." demikian dialog rakaman video yang diucapkan oleh Aisyah.
Akibatnya, ramai netizen yang melemparkan kata-kata panas terhadap wanita berkenaan yang mendakwanya kurang waras.
"Orang UMNO yang terang-terang anti dengan PAS pun sokong hudud. Walaupun banyak duit haram masuk poket mereka, sekurang-kurangnya dia tidak jahil agama seperti wanita ini. Inilah akibat hidup terlalu mengikut budaya barat sehingga sanggup menghina hukum hudud yang terkandung dalam Al-Quran," ujar netizen yang kesal dengan tindakan wanita itu.
Isu sensitif seperti ini tidak perlu dikupas oleh mereka yang cetek agama. BFM harus bertanggungjawab dan harus dikenakan tindakan tegas kerana telah menghina agama Islam.
Kami percaya, kemarahan umat Islam di negara ini tidak akan reda selagi pihak polis atau pihak jabatan agama tidak mengambil tindakan tegas terhadap wanita ini.
Bagaimanapun, usahlah melemparkan kata-kata kesat terhadapnya, berdoa agar wanita berkenaan diberikan hidayah olehNya.

EmoticonEmoticon