Pesawat Air Asia Hilangnya Umpama MH370.... Mungkinkah Berada Di Dasar Laut?

14:10
Pesawat Air Asia Hilangnya Umpama MH370.... Mungkinkah Berada Di Dasar Laut?







Kumulunimbus berasal dari bahasa Latin, "cumulus" bermakna terkumpul dan "nimbus" bererti hujan.



Awan ini terbentuk sebagai hasil dari ketidakstabilan atmosfera. Awan-awan ini boleh terbentuk sendiri, secara berkelompok. Awan ini mencipta petir dari dalam teras awan.



Kumulunimbus adalah sebuah awan menegak menjulang sangat tinggi, padat, dan terlibat dalam ribut petir dan cuaca sejuk lain.



Awan ini terbentuk daripada awan kumulus (terutama dari kumulus kongestus) dan boleh terbentuk lagi menjadi supersel, sebuah badai petir besar.



Awan Kumulunimbus menjadi musuh utama penerbangan kerana boleh menghasilkan microbust, atau angin dengan tekanan tinggi.



Microbust yang menerpa pesawat akan menekan pesawat ke bawah dan pesawat kehilangan daya angkat. Microbust yang muncul mengakibatkan aliran angin dari hujung sayap pekeliling dan tumbuh ke bawah.



Lintasan yang dilalui pesawat mengakibatkan berbahaya pergolakan angin di belakang pesawat.



Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat, FAA (Pentadbiran Penerbangan Persekutuan) memberi perhatian besar pada masalah ini sejak 1960.



Mereka mencatat kira-kira 500 pesawat berada dalam bahaya atau nyaris kemalangan kerana dihempaskan microbust masa take off dan landing.









Awan Kumulunimbus, Penyebab Hilangnya Air Asia QZ 8501



Fenomena pergolakan ini biasanya kelihatan dan tempoh pendek (rata-rata 10 minit). Sebelum dekad 90-an sukar untuk mengesan kemunculan microbust.



Namun kini dipasang peralatan Low Level Windshear yang akan memberikan peringatan dua minit sebelum microbust muncul.



Saat ini pesawat saat melakukan take off dan landing perlu melalui prosedur khusus saat menghadapi pergolakan angin.



Menara Pengawas Lapangan Terbang akan membantu dengan memberikan selang sekurang-kurangnya 5 minit sebelum pesawat take off dan landing hingga pergolakan menghilang.







SAMA seperti MH370, pesawat AirAsia, QZ8501 juga hilang dari radar tanpa memberi sebarang isyarat kepada menara kawalan udara, lapor mirror.co.



Selepas beberapa jam penerbangan yang membawa seramai 162 penumpang itu hilang, pakar penerbangan mula melihat persamaan dengan kejadian MH370 yang masih gagal dikesan sehingga kini.



Pesawat AirAsia Indonesia daripada jenis AirBus 320-200 itu membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal ketika hilang dari radar pada Ahad.



"Tiada sebarang isyarat kecemasan dihantar," kata pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Joko Muryo Atmodjo.



Penumpang di dalam pesawat tersebut terdiri daripada 155 warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing satu dari Malaysia, Singapura dan juruterbang warga Perancis.



Seorang pakar penerbangan, Peter Stuart Smith berkata, aneh apabila QZ8501 tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan kepada pusat kawalan udara.



"Walaupun kita menganggap pesawat itu musnah di udara atau juruterbang hilang kawalan, namun masih terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab.



"Jelas sekali bahawa tanggungjawab utama juruterbang apabila hendak berlepas ialah berkomunikasi dengan menara kawalan dan ia hanya perlu menekan satu butang untuk bercakap.



"Ia akan hanya mengambil masa beberapa saat untuk menghantar isyarat 7700 (kecemasan) pada kotak SSR dan ia akan menghantar isyarat kepada ATC jika terdapat sebarang masalah," katanya.



Berikutan kehilangan MH370 dan QZ8501, pakar mula hairan dan berfikir mengapa juruterbang yang berada dalam sebuah pesawat moden tidak menghantar sebarang isyarat sebelum hilang.



Bagaimanapun pakar penerbangan yakin bahawa pesawat itu akan ditemui secepat mungkin.






JAKARTA : Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi semalam berkemungkinan besar berada di dasar laut, kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo.



"Berdasarkan koordinat yang dikemukakan dan penilaian, lokasi terhempas adalah dalam laut, kesimpulannya ialah pesawat berada di dasar laut.



"Itu adalah andaian awal dan ia boleh dibangunkan berdasarkan penilaian hasil carian kami," katanya pada sidang media pagi ini.



Sementara itu, menurut Metrotvnews.com, Bambang berkata Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) turut dikerah ke lokasi pencarian.



Beliau menjelaskan, BPPT mempunyai teknologi sonar yang dapat mengesan kehadiran logam jika pesawat QZ8501 ada di bawah laut.



"Mereka punya sistem sonar, boleh mengesan pada kedalaman sekitar 1000 hingga2000 meter," kata Bambang.



Dalam pada itu, Bambang menjelaskan operasi pencarian pada hari kedua akan di bahagi kepada tujuh sektor.



Katanya, seluruh kekuatan gabungan dari BASARNAS, Tentera Nasional Indonesia (TNI), BPPT, nelayan dan negara membantu, akan dikerahkan ke tujuh sektor itu.


Sumber : dramadunia




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.