Kicap Untuk Tentera Malaysia Guna Botol Bekas Arak?

14:29
Kicap Untuk Tentera Malaysia Guna Botol Bekas Arak?




Rasanya tak ada orang yang tak tahu bahawa minuman keras atau arak haram diambil oleh orang Islam.



Lebih daripada itu, sebarang perkara melibatkan arak adalah sensitif dan boleh menimbulkan kontroversi.



Justeru jika benar gambar yang tersebar menerusi aplikasi mesej WhatsApp dan laman-laman sosial ini, maka tak peliklah jika ia boleh mencetus keadaan kurang menyenangkan dalam masyarakat






Gambar itu menunjukkan kicap jenama Sofia yang dikeluarkan khas untuk warga Angkatan Tentera Malaysia menggunakan botol arak jenama Carlsberg yang dikitar semula.



Kami faham perkara ini memang boleh membuatkan sebilangan orang Islam melenting namun ketahuilah, hukum menggunakan bekas yang pernah digunakan untuk mengisi arak adalah harus.



Rakaman video ceramah Ustaz Azhar Idrus di bawah menerangkan hukumnya.







Bagaimana pun sebagai mana diterangkan UAI, syarikat terbabit sepatutnya mengikis dahulu logo minuman keras dan mencuci bersih botol sebelum menggunakannya. - MYNEWSHUB






Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.