Surat Terbuka Wanita Misteri Kepada Abby Abadi Isu Malukan Bekas Suami

20:58
Surat Terbuka Wanita Misteri Kepada Abby Abadi Isu Malukan Bekas Suami

Susulan kes penceraian kedua membabitkan bekas pelakon terkenal, Abby Abadi dengan Farhan semalam, ramai peminat lebih menyebelahi nasib lelaki muda itu.



Ada yang berpendapat, tindakan Abby mencakar Noor Farhan sehingga mengalami luka-luka kecil dan lebam di bahagian muka dan lengan dianggap keterlaluan dan terlalu mengikut emosi. Meskipun begitu, dakwaan terbabit telah dijawab Abby melalui mStar Online hari ini.



Terbaru, seorang wanita misteri hanya dikenali dengan nama Kjee telah menulis sepucuk surat terbuka buat Abby Abadi. Isi kandungan surat itu ialah mengenai luahan Kjee berhubung sikap Abby suka menggunakan pihak media untuk menjawab semua tuduhan dari bekas suami. Mari baca di bawah untuk lebih lanjut.






Assalammualaikum Arbakyah.



Maaf jika nota ini Kjee tulis secara terbuka. Kjee lebih suka berterus terang dan telus.



Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC, Bakyah jer), berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang, Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.



Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt, namun itu hak awak sebagai seorang manusia.



Apapun Arbakyah, Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu, ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.



Kalau dulu, awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu, sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga.



Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu. Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak 'menghangkut satu lori' wartawan media cetak dan jugak elektronik, untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.



Kini, episod budak Farhan pulak. Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.



Langit tak selalunya cerah. Sebagai wanita, kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah swt.



Walaupun jodoh tidak berpanjangan, seharusnya sebagai wanita, yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini, awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan. Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu, seorang yang cukup matang. Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang. Apa-apa jerlah.



Tetapi setelah jodoh tidak panjang, sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!



Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam.



Kjee mohon Arbakyah duduk semeja dengan rakan karib awak, Shasha Saidin. Contohi cara Shasha menangani masalah rumahtangganya. Walaupun tidak bertudung litup seperti awak, namun cara Shasha rasanya lebih Islamik dan sopan bagi seorang Muslimah! Kjee pernah menulis mengenai Shasha di SINI.



Sudahlah Arbakyah. Tak payah bukak lagi pekung rumahtangga awak. Dia bagi kenyataan, awak balas. Dia kan budak hingusan. Melatah ikut naluri anak muda. Tapi awak yang sepatutnya lebih matang sebab sudah tiga kali berkahwin, tak perlu melatah!



Do not wash dirty linen in public!



Apapun cara awak pertahankan diri awak, your haters tetap tidak menyebelahi awak! Walaupun mereka jugak tidak mahu menyebelahi Farhan, namun jauh di sudut hati mereka, mereka tetap lebih mengasihani budak muda tersebut.



Alangkah elok dari mula lagi awak kata sebegini :"Jodoh kami hanya setakat ini. Harap-harap selepas ini saya tidak mengulangi apa jua kesilapan yang saya buat sebelum ini." Noktah! - Dapurkakjee



Sumber




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.