(Tahniah) Ayu Raudhah Selamat Lahirkan Anak Kedua

19:11
(Tahniah) Ayu Raudhah Selamat Lahirkan Anak Kedua

Tahniah kepada pasangan bahagia Zaquan Adha dan aktres jelita Ayu Raudhah kerana telah menyambut kelahiran cahayamata kedua pada jumaat lalu.



Ayu selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.73kg pada jam 2.15 petang secara normal. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ayu melalui laman sosial Instagram miliknya.

“Alhamdulillah berkat doa daripada keluarga, kawan-kawan dan kalian semua, pada jam 2.15 petang Ayu selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.73 kilogram. Alhamdulillah syukur,” tulisnya pada sekeping gambar bayinya.

Ayu Raudhah dan pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendirikan rumah tangga pada Januari 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun.



















Sumber




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.