Penjelasan Prof Izzi Isu Raba Pelajar?

21:54
Penjelasan Prof Izzi Isu Raba Pelajar? Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa Mencabul dengan Meraba Payudara seorang pelajarnya, pensyarah yang juga Pakar Motivasi Terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Penjelasan Prof Izzi Isu Raba Pelajar?
Selamat Beramal

Respon Berkias Prof Izzi Ali di Facebook

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan komen dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, Pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis berkenaan sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: 
Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh. - An-Nisaa


Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini. Baca juga Bekas PA pula dedah perangai sebenar Prof Izzi Hj Ali.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang, 
- Mohd Syafiq

Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.

Laporan polis Nurul Shuhada

Dalam laporan polis Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.

Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor.
- Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan.



Sumber

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.