MH370: 3 Isyarat Pulse Di kesan

18:49
MH370: 3 Isyarat Pulse Di kesan Perth: Ketua Pasukan Penyelaras Agensi Bersama (JACC), Angus Houston, mengesahkan tiga isyarat 'pulse' dikesan, termasuk dua oleh kapal perang China, Haixun 01 dan satu HMAS Ocean Sheild dalam 72 jam lalu.



Bagaimanapun, Houston berkata, dua isyarat 'pulse' dengan satu daripadanya mempunyai kekuatan 37.5Hz sesaat dikesan Haixun 01, kelmarin dan tengah hari semalam, belum boleh dikaitkan dengan pesawat MH370.



Beliau yang mengadakan sidang akhbar, di Dumas House, di sini, hari ini, memberitahu satu daripada isyarat 'pulse' dikesan kapal perang China sekitar 90 saat.



"Dua isyarat dikesan kapal China, Haixun 01 kelmarin dan semalam adalah dalam jarak dua kilometer dalam tempoh kurang 24jam. Isyarat pertama pendek, yang kedua 90 saat.












FOTO ihsan AMSA

"Kita juga memperoleh maklumat bahawa Ocean Shield turut mengesan satu isyarat kira-kira 484 kilometer dari lokasi kapal China kesan isyarat pertama," katanya pada sidang media itu.



Katanya, kapal HMAS Ocean Shield sudah digerakkan ke lokasi kapal Haixun 01 berada bagi melakukan siasatan menggunakan alat pengesan pinger (Towed Pinger Locator) dan alat Bluefon -21 Autonomous Underwater Vehicle (AUV) yang dianggap lebih canggih dan dipercayai.



Menurutnya tugas sukar untuk menentukan kesahihan berikutan kedalaman lautan di lokasi itu hampir 4.5 kilometer dan tugas akan menjadi lebih sukar.



Beliau meminta media tidak membuat spekulasi sehingga maklumat dan petunjuk baru itu benar-benar dapat disahkan oleh pakar. -Harian Metro

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.