Mawar Fareeda Fanpage Mohon Maaf Isu ‘Jika Ingin Berfesyen, Tengoklah Kemampuan Diri'

00:04
Mawar Fareeda Fanpage Mohon Maaf Isu ‘Jika Ingin Berfesyen, Tengoklah Kemampuan Diri' Kecoh juga semalam apabila isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim menerima kecaman teruk dari peminat ekoran komen yang dibalas menerusi laman Mawar Fareeda Fanpage (MFF) seolah-olah menyindir dan menghina mereka yang tidak mampu untuk membeli tudung Fareeda original yang mahal.



Komen berkenaan berbunyi, ‘jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri’.



Ekoran komen berkenaan, ramai yang beranggapan ia daripada Mawar dan bagi mereka komen berkenaan dilihat sangat berlagak. Ramai yang mengecam komen tersebut dan memberi cadangan agar memboikot produk Fareeda.



Namun begitu, pengendali Mawar Fareeda Fanpage telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Selain itu, admin berkenaan turut memberitahu, fanpage tersebut bukan dikendalikan oleh Mawar tetapi diurus oleh 5 admin lain.



Permohonan maaf adalah sebagaimana dibawah:



Salam sejahtera,



Untuk makluman, Mawar FAREEDA Fanpage ini bukan dikendalikan oleh Puan Mawar sendiri tetapi dikendalikan oleh 5 orang admin. Diharapkan anda semua tidak membuat sebarang spekulasi negatif terhadap Puan Mawar berhubung dengan setiap komen di page ini.



Admin memohon maaf dan berharap semua pihak tidak menyalahkan Puan Mawar diatas segala komen dan status yang dikeluarkan disini. Sekali lagi admin memohon maaf diatas sebarang kekeliruan dan salah faham yang berlaku.



Terima kasih, Mawar FAREEDA Fanpage Luv U All !!



Admin MFF

Diharap kekeliruan mengenai isu ini telah diselesaikan.




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.