Adam AF Jawab Tentang Isu Rumah Tangga Dengan Fiza Bergolak

11:41
Adam AF Jawab Tentang Isu Rumah Tangga Dengan Fiza Bergolak



Adam AF telahpun bernikah dengan pelakon dan penyanyi Fiza (Elite) pada bulan 9 tahun lalu (2013). Pernikahan mereka mengejutkan orang ramai kerana tidak tahu hubungan percintaan mereka.



Namun ramai juga yang buka mulut tentang ranjau yang dilalui pasangan perkahwinan. Dan telah beberapa kali dikatakan pasangan ini dilihat mempunyai masalah.



Ini komen Adam AF tentang isu ini:

“Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami. Apa-apa berita tentang rumah tangga kami, Insya-Allah saya akan beritahu kelak,”



“Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian,” katanya yang turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada media bagi mengelak ditanya isu tersebut.

Untuk rekod, Adam atau nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkahwin dengan Fiza (Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim) pada 26 September 2013. Perkahwinan tersebut adalah yang pertama bagi Adam manakala ia adalah yang kedua buat Fiza yang mempunyai dua cahaya mata.





Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.