Punca Kematian Paul Walker Didedahkan Pihak Penyiasat

22:36
Misteri Kemalangan Maut Terjawab. Punca Kematian Paul Walker Didedahkan Pihak Penyiasat. Selepas empat bulan Kemalangan Maut Paul Walker berlalu. Akhirnya pihak penyiasat merumuskan pemanduan yang tidak selamat menjadi penyebab kemalangan maut yang meragut nyawa Pelakon Utama Fast and Furious mendiang Paul Walker.

Punca Kematian Paul Walker Didedahkan Pihak Penyiasat

Akhirnya Punca Kematian Paul Walker Terjawab

Pendedahan berdasarkan Kemalangan Maut tersebut, penyiasat menolak sebarang kerosakan mekanikal sebagai punca nahas dan menjelaskan segala kerosakan berlaku akibat daripada kemalangan itu. Selepas empat bulan kematiannya, pihak penyiasat merumuskan pemanduan yang tidak selamat menjadi punca kepada kemalangan yang meragut nyawa Pelakon Hollywood terkenal, Paul Walker.

Menerusi hasil siasatan, Walker dikatakan telah memandu Porsche malang itu pada kelajuan 90 batu sejam bersama rakannya, Roger Rodas di Santa Clarita, California. Ketika kematiannya, Walker masih dalam proses penggambaran Filem Fast & Furious 7 dan produksi filem ini terpaksa dihentikan beberapa bulan sebelum disambung semula baru-baru ini.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.