Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Punca Beli Jet Mewah Boleh Jamin Keselamatan Rakyat Terjawap Dengan Jayanya

12:06 0
Punca Beli Jet Mewah Boleh Jamin Keselamatan Rakyat Terjawap Dengan Jayanya - Isu Politik Kontroversi Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di PUNCA BELI JET MEWAH BOLEH JAMIN KESELAMATAN RAKYAT TERJAWAP DENGAN JAYANYA harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.

Punca Beli Jet Mewah Boleh Jamin Keselamatan Rakyat Terjawap Dengan Jayanya

SEBAB NAJIB BELI JET MEWAH

Punca Beli Jet Mewah Boleh Jamin Keselamatan Rakyat Terjawap Dengan Jayanya


Tiada apa yang telah dijawab oleh Najib. Selain dari mengatakan yang pembunuhan Altantuya adalah kes lama, tiada apa yang telah dijawab. Kes itu masih lagi dianggap kes semasa kerana kedua-dua tertuduh masih menunggu untuk dihukum gantung. Kedua-duanya pernah dibebaskan sebelum ini dan pembebasan mereka bermakna kes itu telah selesai. Tetapi sekarang mereka akan dihukum gantung. Walaupun jelas mereka bertindak menurut perintah. Dan mengantung mereka adalah suatu penghinaan kepada keadilan.

Berkenaan 1MDB, jawapan yang diberikan adalah sama seperti terdahulu. TUNGGU. Tunggu laporan Ketua Audit Negara. Yang mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun. Mengaudit akaun 1MDB juga tidak akan menjelaskan apa-apa. Ianya tidak akan menjelaskan penglibatan Jho Low. Ianya tidak akan menjelaskan bagaimana Riza Aziz boleh memiliki begitu banyak wang pada ketika 1MDB kehilangan wang. Ia juga tidak akan menjelaskan urusniaga pelik yang melibatkan Petrosaudi, bank-bank di Seychelles, Hong Kong dan Kepulauan Cayman. Wang di Kepulauan Cayman yang kemudian telah dibawa pulang dan disimpan di Singapura. Sekarang menurut bank berkenaan tiada wang yang disimpan di bank tersebut.

Meminta rakyat supaya tidak bertanya sebarang soalan sehingga laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan adalah suatu perbuatan yang kurang bijak. Ianya ibarat melihat seseorang melakukan rompakan dan pada masa yang sama meminta orang ramai supaya tidak membincangkan kejadian tersebut sehingga selesai perbicaraan di mahkamah.

Pembelian jet mewah peribadi adalah untuk keselamatan. Adakah jet tersebut berupaya untuk menghentikan penculikan dan pencerobohan yang semakin berleluasa di Sabah atau penyeludupan senjata di utara sempadan negara? Atau keselamatan hanyalah bagi mereka yang terbang di dalam jet peribadi tersebut?

Negara ini telah berulangkali diserang oleh penganas yang membunuh anggota polis dan tentera kita. Adakah ianya suatu kebiasaan di negara ini atau ianya merupakan masalah keselamatan? Dan adakah kita menunjukan bahawa kita mengambil berat tentang keselamatan negara dengan membeli jet peribadi mewah?

Adalah sesuatu yang amat memalukan bila kita tidak mampu untuk menjamin keselamatan rakyat di negara sendiri.

Ketua Audit boleh melakukan audit tetapi tidak banyak yang akan terbongkar. Adalah lebih baik jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, di mana ahli-ahlinya tidak dipilih oleh kerajaan untuk meneliti setiap perlakuan 1MDB. Ini kerana Suruhanjaya Diraja bukan sahaja akan menyiasat 1MDB tetapi juga menyiasat kerajaan yang jelas telah gagal memantau urus tadbir 1MDB.

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA BELI JET MEWAH BOLEH JAMIN KESELAMATAN RAKYAT TERJAWAP DENGAN JAYANYA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Politik dalam dan luar Dunia. Bookmark PUNCA BELI JET MEWAH BOLEH JAMIN KESELAMATAN RAKYAT TERJAWAP DENGAN JAYANYA and get update.
Muhyiddin juga mula meluat dengan 1MDB

Muhyiddin juga mula meluat dengan 1MDB

09:25 0
Isu 1MDB makin Parah. Muhyiddin juga mula meluat dengan 1MDB - Kontroversi Politik Malaysia. Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Renungan semua Blogger. Wallahu'alam bissawab.

Muhyiddin juga mula meluat dengan 1MDB

Muhyiddin juga mula meluat dengan 1MDB

Muhyiddin juga mula meluat dengan 1MDB

TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga secara terbuka mengkritik cara kontroversi 1MDB ditangani dengan berkata isu itu sangat serius dan bakal menjadi parah, lapor TMI.

Beliau juga menyatakan isu hutang 1MDB merupakan faktor utama kekalahan BN di Permatang Pauh semalam dan tidak tahu bagaimana menjelaskan perkara tersebut kepada orang ramai ketika berkempen.

“Saya tidak tahu apa nak cakap apa.

“Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat,” kata Muhyiddin di Milan kepada wartawan.

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Muhyiddin juga mula meluat dengan 1MDB. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Muhyiddin juga mula meluat dengan 1MDB and get update.
Najib di Boo ketika sebut GST di Sambutan Hari Pekerja

Najib di Boo ketika sebut GST di Sambutan Hari Pekerja

11:46 0
Memalukan! Najib kena Boo ketika sebut GST di Sambutan Hari Pekerja di Kuching. Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.

Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching

Najib di Boo ketika sebut GST di Sambutan Hari Pekerja

Najib kena Boo ketika sebut GST di Sambutan Hari Pekerja

Datuk Seri Najib Razak menerima ejekan dari beberapa orang yang hadir ketika sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak hari ini ketika beliau mengatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak diperkenalkan untuk membebankan rakyat.

Suara itu datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis itu diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan cukai 6% itu yang dilaksanakan kerajaan sejak 1 April.

Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sebahagian dari hasil kutipan GST bagi menambah gaji pekerja sektor awam.

Meneruskan ucapannya, Najib menerangkan, beban yang dialami rakyat ketika ini ialah akibat aktiviti mengaut keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak bertanggungjawab atau pencatutan.

Beliau menyeru pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pencatutan dan peniaga yang tidak berhati perut yang memanipulasi GST untuk poket mereka sendiri.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menerima tepukan gemuruh apabila bercakap mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghapuskan tol di dua jambatan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri di Sarawak.

Rabu lepas, Adenan berkata, kadar baru itu akan melibatkan separuh daripada 85,200 pengguna komersial, atau kira-kira 46,000 rumah kedai, kedai runcit dan blok perdagangan, menikmati pengurangan tarif antara 15% dan 50% manakala 36% lagi, atau 30,500, akan menikmati pengurangan antara 8% dan 11%.

Hadirin kira-kira seramai 5,000 orang itu bersorak dan bertepuk dengan kuat. Najib berkata, keputusan Adenan itu satu contoh jelas menggambarkan Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang penyayang.

"Kami benar-benar mahu meningkatkan kebajikan pekerja, termasuk yang di sektor awam," katanya.

Oleh itu, katanya, Cuepacs tidak perlu bimbang kerana beliau "responsif kepada tuntutan Cuepacs", merujuk kepada permintaan kenaikan gaji sebanyak 35% bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah, bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Perdana menteri pada sambutan itu juga memberitahu mengenai cadangan untuk satu skim faedah pengangguran negara bagi menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang hilang pekerjaan.

Walaupun enggan mengulas lanjut lagi, Najib berkata beliau boleh menyatakan di bawah skim itu, pekerja yang diberhentikan boleh mendapat perlindungan kewangan sehingga enam bulan. - Sumber

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Dunia dan Hal Semasa di Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching
Powered by Blogger.