Zikir Guna Tasybih

17:19
Zikir Guna Tasybih Zikir Guna Tasybih adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Zikir Guna Tasybih membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Zikir Guna Tasybih

Zikir Guna Tasybih

*

Hadits diriwayatkan dari Umm al-Mukminin, salah seorang isteri Rasulullah, bernama Shafiyyah. Bahwa beliau (Shafiyyah) berkata:

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلّى اللهُ عَليهِ وَسَلّمَ وَبَيْنَ يَدَيَّ أَرْبَعَةُ آلاَفِ نَوَاةٍ أُسَبِّحُ بِهَا، فَقَالَ: لَقَدْ سَبَّحْتِ بِهَذَا؟ أَلاَ أُعَلِّمُكِ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَبَّحْتِ بِهِ؟ فَقَالَتْ: عَلِّمْنِيْ، فَقَالَ: قُوْلِيْ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ مِنْ شَىْءٍ (رواه الترمذي والحاكم والطبرانيّ وغيرهم وحسّنه الحافظ ابن حجر في تخريج الأذكار)

“Suatu ketika Rasulullah menemui ku dan ketika itu ada di hadapan ku empat ribu biji-bijian yang aku gunakan untuk berzikir. Lalu Rasulullah berkata: Kamu telah bertasbih dengan biji-bijian ini ? Mahukah kamu aku ajar yang lebih banyak dari ini? Shafiyyah menjawab: Ya, ajarkanlah kepadaku. Lalu Rasulullah bersabda: “Bacalah: “Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Min Sya’i” (HR. at-Tirmidzi, al-Hakim, ath-Thabarani dan lainnya, dan dihasankan oleh al-Hafizh Ibn Hajar dalam kitab Nata-ij al-Afkar Fi Takhrij al-Adzkar)

Faedah Hadits:

Dalam hadits ini Rasulullah mendiamkan, ertinya menyetujui (iqrar), dan tidak mengingkari isterinya yang berzikir dengan biji-bijian tersebut. Rasulullah hanya menunjukkan cara yang lebih afdlal dari menghitung dzikir dengan biji-bijian atau kerikil. Dan ketika Rasulullah menunjukkan kepada sesuatu yang lebih afdlal (al-afdlal), hal ini bukan bererti untuk menafikan yang sudah ada (al-mafdlul). Ertinya, yang sudah ada pun (al-mafdlul) masih boleh dilakukan.

Dari iqrar Rasulullah ini dapat diambil dalil bahwa bertasbih dengan kerikil atau biji-bijian ada keutamaan atau faedah pahalanya. Kerana seandainya tidak ada keutamaannya, bererti Rasulullah menyetujui ibadah yang sia-sia, yang tidak berpahala, dan jelas hal ini tidak mungkin terjadi. Rasulullah tidak akan mendiamkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

Syekh Mulla ‘Ali al-Qari ketika menjelaskan hadits Sa’d ibn Abi Waqqash di atas, dalam kitab Syarh al-Misykat, menuliskan sebagai berikut:

وَهذَا أَصْلٌ صَحِيْحٌ لِتَجْوِيْزِ السُّبْحَةِ بِتَقْرِيْرِهِ صَلّى اللهُ عَليْهِ وَسَلّمَ فَإِنَّهُ فِيْ مَعْنَاهَا، إِذْ لاَ فَرْقَ بَيْنَ الْمَنْظُوْمَةِ وَالْمَنْثُوْرَةِ فِيْمَا يُعَدُّ بِهِ.

“Ini adalah dasar yang shahih untuk membolehkan penggunaan tasbih, kerana tasbih ini semakna dengan biji-bijian dan kerikil tersebut. Kerana tidak ada bezanya antara yang tersusun rapi (diuntai dengan tali) atau yang bertaburan (tidak teruntai), bahwa setiap itu semua adalah alat untuk menghitung bilangan zikir”[Syarh al-Misykat, j. 3, h. 54].

Wallahu A'lam.

*

Zikir Guna Tasybih ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Zikir Guna Tasybih and get update.

I am Hot Blogger Who Always Glepor.
Author of Glepor Blog Sesawang Miscellaneous. Jaringan Sejagat Perkongsian Infokini, Berita, Hiburan dan Peristiwa di Malaysia the Truly Asia.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.