'Saya Tak Tahu Budak Boleh Mati' - Ibu Tinggalkan Dua Anak Dalam Rumah Tanpa Makanan Selama 9 Hari, Salah Seorang Meninggal Dunia

12:51
'Saya Tak Tahu Budak Boleh Mati' - Ibu Tinggalkan Dua Anak Dalam Rumah Tanpa Makanan Selama 9 Hari, Salah Seorang Meninggal Dunia merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Saya Tak Tahu Budak Boleh Mati' - Ibu Tinggalkan Dua Anak Dalam Rumah Tanpa Makanan Selama 9 Hari, Salah Seorang Meninggal Dunia.

Danill bersama kakaknya.

Rusia - Seorang ibu telah dikecam selepas meninggalkan dua anaknya dalam rumah kebuluran sehingga salah seorang darinya mati.

Menurut The Sun, wanita terbabit keluar selama sembilan hari untuk menghabiskan masa bersama kekasihnya.

Wanita berusia 20 tahun itu meninggal dua orang anaknya; Danill yang berusia kurang dari 2 tahun dan kakaknya yang berusia dua tahun lebih; bersendirian di sebuah flat di Kiev, Ukrain tanpa sebarang makanan.

Danill meninggal dunia selepas enam hari terperangkap dalam rumah itu manakala kakaknya ditemui dalam keadaan keletihan bersama mayat adiknya tiga hari kemudian.

Jiran dilaporkan ada terdengar bunyi kanak-kanak menjerit dan menangis selama seminggu dan dikatakan telah membuat laporan polis namun polis gagal memberi respon.

Kedua beradik itu dikatakan terdesak untuk cuba keluar termasuk dengan cara menggoncang pintu hadapan - tapi tiada yang datang menolong.

Kedua beradik itu cuma ditemui selepas ibu mereka balik semula ke rumah dan memanggil polis.

Anaknya yang masih hidup dikejarkan ke hospital dan doktor berkata mereka berjaya menyelamatkannya.

"Kanak-kanak itu sangat letih, dia terlampau lemah", kata seorang doktor yang merawat mangsa.

"Kini dia sudah semakin ok dan kami yakin dia akan hidup", katanya lagi.

Ibu kepada kanak-kanak itu juga ditahan dan disoal siasat. Namun jawapan yang diberikan oleh wanita itu mengejutkan pegawai polis apabila dia berkata: "Saya tidak tahu budak boleh mati".

Dia kini berhadapan dengan hukuman penjara selama lapan tahun kerana mengabaikan anak.

Difahamkan, media sosial wanita tersebut dipenuhi dengan foto-foto anaknya tersenyum kegembiraan dan gelak tawa, lapor The Sun.




Sumber: Siakap Keli

#Infokini di 'Saya Tak Tahu Budak Boleh Mati' - Ibu Tinggalkan Dua Anak Dalam Rumah Tanpa Makanan Selama 9 Hari, Salah Seorang Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.