'Hati-Hati Ketika Berhenti di Lampu Isyarat' - Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat, Polis Percaya Penyamun Sasar Pemandu Wanita

09:05
'Hati-Hati Ketika Berhenti di Lampu Isyarat' - Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat, Polis Percaya Penyamun Sasar Pemandu Wanita merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Hati-Hati Ketika Berhenti di Lampu Isyarat' - Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat, Polis Percaya Penyamun Sasar Pemandu Wanita.

MELAKA TENGAH - Seorang pengarah syarikat wanita hanya mampu beristighfar apabila cermin kereta yang dipandunya tiba-tiba dipecahkan sebelum beg tangannya dilarikan oleh sekumpulan enam lelaki dalam kejadian samun di Jalan Bukit Katil di sini.

Ibu kepada lima anak itu disamun oleh kumpulan berkenaan yang bertindak mengepung di bahagian kiri, kanan dan belakang kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandunya dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, lapor Sinar Online.

Kejadian samun yang menimpa mangsa, Farah Syazila, itu turut dikongsi oleh seorang lelaki yang juga saksi kejadian di Facebook.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, wanita tersebut antara enam mangsa kejadian samun yang dilaporkan kepada polis dalam tempoh lapan jam membabitkan enam lokasi berbeza di Bukit Serindit, Ayer Keroh dan Lagenda.

"Kita menerima enam laporan membabitkan kejadian samun yang berlaku antara jam 11 pagi hingga 11 petang yang mengatakan didatangi tiga hingga enam lelaki menaiki dua hingga tiga motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Kita tidak tolak kemungkinan keenam-enam kes dilaporkan ini dilakukan suspek sama berikutan modus operandi sama digunakan ketika menyerang mangsa dan mereka dipercayai menyasarkan pemandu berseorangan terutama wanita serta kenderaan mewah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, keenam-enam mangsa berusia lingkungan 20-an hingga 30-an termasuk seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM15,000 dengan nilai paling tinggi berjumlah RM10,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
#Infokini di 'Hati-Hati Ketika Berhenti di Lampu Isyarat' - Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat, Polis Percaya Penyamun Sasar Pemandu Wanita

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.